Khamis, Mac 30, 2006

Meeting saja

Meeting..meeting..meeting
Itulah kerja saya di office setiap hari.
Dah la tak ada bos, tak de assisstant.
Akulah kuli, akulah bos. Kena hempuk pun sorang-sorang. Tak ada sape boleh back-up atau tolong.

Nyampah!!!!

Selasa, Mac 28, 2006

Satu ujian

"Kadangkala, kita ini perlu diberi ujian barulah nak rasa keinsafan."

Itu kata-kata seorang teman. Dulu, aku sendiri tak faham, malah sengaja tak ambil tahu tentang perkara ni. Tapi sejak bekerja, ujian yang datang tu menjadi sesuatu yang menyedarkan aku. Mujurlah aku ni jenis yang cepat insaf. Apa-apa sahaja yang berlaku sama ada disekeliling atau pun kena pada batang hidung sendiri akan menyebabkan aku cepat-cepat renung balik pada diri. Ada yang kata, muhasabah...

Tapi memang betul. Kita ni memang mudah lupa diri. Bila di beri susah sikit, barulah rasa dosa dah banyak buat, barulah rasa nak buat solat taubat dan solat-solat sunat yang lain. Tapi pada aku, Alhamdulillah. Sebab at least, ada juga kesempatan untuk aku bertaubat dan memohon ampun dan maaf atas dosa yang aku lakukan antara sedar dan tidak....

Bila kerja ni, dugaan datang memang macam-macam. Ada seorang kawan aku tu, pening dgn staff dia yang asyik corrupt, makan duit sahaja. Tapi pada aku, hidup memang macam tu lah. Yang penting kita kena berusaha untuk membantu mereka dari terus melakukan kerja macam tu dan berdoa supaya diri sendiri tak termasuk dalam orang yang bersikap macam tu, Na'uzubillah.

Sekarang ni, aku tengah fikirkan satu keputusan yang agak besar dalam kehidupan. Bila aku bagitau pada kawan-kawan terdekat, semua mempersoalkan tindakan aku. Semua hairan.

Soalan famous "kenapa berhenti?"

Takpun ada yang mempersoal "kau kerja sana gaji dah besar, rumah dapat, dekat dengan office, takde jam, kenapa nak tukar kerja?"

Ataupun "berhenti lagi?"

Ya, memang. Aku dah 15 bulan di sini (baru lagi??) tapi aku rasa cukuplah. Aku nak masuk dalam line yang lain pula, mahukan pengalaman lain. Bagi yang mengerti akan tahu kenapa. Biarlah aku simpan sahaja. Apapun, segala perkara yang aku pelajari disini amat bernilai dan begitu berharga bagiku. Akan aku praktikkan di office baru nanti. Terima kasih buat semua.

Tapi pada yang positif, turut sama mempersoalkan tindakan aku.

"Why are you still wants to work with others? Go for freelace lah!!" katanya

"Yes, I want. But what?" tanya aku. Dia tahu aku buat macam-macam part-time dan boleh nak hiduplah kalau takde kerja tetap.

"You can do anything!" katanya sambil mengerutkan dahi.

"Ya lah! But i have to learn first,"jawab aku dalam bahasa campur-campur yang merosakkan (maaf!)

"What to learn? Your skill is enough! Go for freelance! You can do it. Believe it!" kata-katanya membuatkan aku terdiam dan buat beberapa hari aku menjadi seorang yang terlalu memikirkan masa depan.

Dia memang benar-benar memahami dan akhirnya berkata "Listen. I would like to offer you something and the work will begin on either June or July. Be prepared. Just freelance and we're connecting through the net. No need to meet and we have no office."

Aku percaya pada dia kerana dia memang buat consultation freelance dan hasilnya memang nampak. Insya Allah, andai benar katanya, hasrat aku untuk freelance dan jadik bos sendiri tu makin hampir.

Bak kata seorang kawan, "Orang kita ni tak tahu macam mana nak buat duit. Oleh itu, mereka banyak kerja kerana duit dan akhirnya jadi hamba duit. Sebab itu orang yang buat pelaburan atau buat MLM contohnya boleh berjaya atau jadi jutawan sebab duit itu bekerja untuk mereka."

So? Aku tetap denga keputusan untuk berjenti. Notis sebulan aku dah bagi, bos dah pening kepala (sebab aku sorangjer admin dia, dah lah HQ), handover pun dah buat, staff baru pun aku dah latih.

Company baru? Guess... he he... former company.

"What? Kau nak kerja dengan company lama kau?"

"Kenapa? Salah?"

"Tak adalah...tapi..."

"Ah! Tak ada tapi-tapi. Mungkin ada hikmahnya kenapa aku keluar dulu. Bos lama ni amat memerlukan aku, dan aku mahu buat yang terbaik. Aku mahu lupakan episod lama. Kalau dia rasa aku tak bagus, kenapa dia panggil aku sekarang dan offer lagi bagus?"

Itulah jawapannya. Dan itulah yang menggerakkan aku untuk lebih rajin bekerja dna berusaha.
Biar aku ini di campak kelaut jadi pulau dan di campak kedarat jagi...err gunung kot. Biar berharga di mana-mana.

Yang penting sekarang, fokus!!

Teringat aku pada kata-kata Sifu aku, Pn Ainon Mohd masa aku jumpa dia kat bookfair Ahad lalu.

"Siapa kata buku Melayu tak boleh jual?"

Ya, siapa kata buku Melayu tak boleh jual?

Jadi? Action lah!!!