Sabtu, Julai 29, 2006

Warisan

*Masa sekolah rendah dulu cikgu selalu suruh nyanyi lagu ni. Bila balik sekolah, masa main dengan kawan-kawan pun, nyanyi lagu ni juga. Tapi sekarang dah tak dengar lagi lagu ni berkumandang. Kalau nak pun, nyanyi sendiri.


Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

*Tiba-tiba sahaja terjumpa lagu ni. Elok rasanya saja postkan

Berita pendek

Gelombang kemarahan rakyat -- 10,000 tuntut Setiausaha Negara AS dengar bantahan terhadap keganasan Israel
KUALA LUMPUR 28 Julai – Rakyat Malaysia, tanpa mengira agama hari ini bersatu dalam gelombang kemarahan ke atas kuasa besar Amerika Syarikat (AS) kerana ‘berpeluk tubuh’ melindungi Israel yang bermaharajalela membunuh penduduk Lebanon dan Palestin.


Palestin, Lebanon terus bermandi darah


BEIRUT 28 Julai – Israel terus menggempur bumi Lebanon dan Palestin dengan melancarkan serangan udara dan bedilan peluru berpandu secara lebih agresif hari ini - membunuh 40 penduduk awam. Serangan itu telah meragut 29 nyawa penduduk Palestin, 11 rakyat Lebanon termasuk di kalangan warga emas dan kanak-kanak.

Ini menjadikan keseluruhan angka kematian penduduk Palestin sejak rejim itu melancarkan serangan pada 25 Jun lalu mencecah ke angka 145 orang manakala di Lebanon yang masuk hari ke-17 hari ini sejak dilancarkan serangan pada 12 Julai lalu pula mengorbankan seramai 456 orang.


Lagi demonstrasi kutuk Israel hari ini

KUALA LUMPUR 27 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO menyeru rakyat Malaysia bersama-sama meluahkan kemarahan terhadap keganasan berterusan rejim Israel ke atas Lebanon dan Palestin dengan menyertai perhimpunan raksasa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini esok.(Sabtu)


Gencatan senjata sukar dipersetujui – PBB

PARIS 28 Julai – Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Asia Barat, Terje Roed-Larsen menyatakan agak sukar untuk mempersetujui gencatan senjata dalam konflik di Lebanon tanpa pembabitan Iran dan Syria, dua negara yang menyokong pejuang Hizbullah.


Yahudi rancang ranapkan rumah Palestin

BAITULMAQDIS 28 Julai – Rejim Yahudi merancang untuk meranapkan rumah- rumah Palestin dan binaan lain di Genting Gaza berdekatan sempadan Israel untuk menghalang pejuang Palestin daripada menggunakannya sebagai tempat berlindung bagi membina terowong untuk melancarkan serangan dan menyeludup senjata.


Beirut tuduh AS gagalkan usaha gencatan senjata
BEIRUT: Akhbar di Beirut semalam menuduh Amerika Syarikat “membunuh” sidang antarabangsa mencari gencatan senjata konflik Hizbullah-Israel manakala negara Yahudi itu pula menganggap kegagalan itu memberinya “lampu hijau” untuk terus mengganas.



Israel bedil sesiapa saja
BEIRUT/GAZA: Kempen ketenteraan Israel di Lubnan dan Gaza hanyalah pentas bagi negara Yahudi itu menunjukkan ‘kuasanya’ dan betapa mudah membunuh penduduk Arab Lubnan serta Palestin tanpa perlu risau akan dikritik, jauh sekali dikenakan tindakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Hizbullah semakin dapat sokongan

BEIRUT: Pengeboman berterusan Israel di selatan Lubnan dalam usaha menghancurkan pergerakan Hizbullah sekadar mengukuhkan pergerakan itu terutama kedudukan pemimpinnya, Sheikh Hassan Nasrallah.


Semua berita pendek ini boleh dibaca sepenuhnya di Berita Harian dan Utusan Malaysia

Rabu, Julai 26, 2006

Tiga dialog

Ini dialog semalam, lebih kurang jam 9 malam

Saya: Hari ni 29 Jamadilakhir, Esok 30 Jamadilakhir ke 1 Rejab?
F: ..... (senyap)
S: ..... (berkerut dahi)
I: ..... (senyum)
Saya: Apalah korang ni, tak kan tak tau?

Diam. Senyap. Senyum

Saya: Kalau esok 1 Rejab, aku nak puasa suant.

Saya putuskan dialog. Saya sendiri tak pasti esoknya 30 atau 1. Saya berniat, andai 1 Rejab, saya puasa sunat 1 Rejab. Jika masih dalam Jamadilakhir, puasa sunat biasalah.

Ini dialog hari ini, lebih kurang jam 2 petang. Perbualan melalui telefon

A: Tak makan tengahari ke?
Saya: Puasa lah! Eh! Tak puasa ke?
A: Hari ni belum 1 Rejab lagi. Kalendar kata hari ni 30 Jamadilakhir.
Saya: Alah...kalendar sini kata 1 Rejab dah. Kalau tengok kalendar, memang macam macam. (tapi dalam hati cuak juga)
A: Betullah! Radio IKIM kata esok 1 Rejab.
Saya: Oh! Iya ke? Kalau macam tu, puasa sunat Rabu sahajalah. Tak ada apa-apalah tu. Nak dapatkan maklumat pun tak tau kat mana semalam. Dah agak dah benda ni berlaku
A: Nak buka ke?
Saya: Eh, apa pulak, puasa teruslah.

Ini dialog hari ini juga, lebih kurang jam 2.20 petang.

S: Kau puasa ke?
Saya: Insya Allah. Tapi hari ni bukan 1 Rejab kan?
S: Eh! Kenapa pulak. Aku tengok kalendar 1 Rejab lah. (dah mula cuak)
Saya: Entahlah, ada kata bukan, sebab dia orang dengar radio IKIM.
S: Aku tengok kalendar betullah 1 Rejab.
Saya: Tak apalah, kalau bukan 1 Rejab, buat puasa sunat biasalah.
Saya putuskan dalog, malas mahu bicara panjang-panjang

Petang itu, Streamyx akhirnya berjaya dipasang di pejabat saya. Perkara pertama yang saya semak - takwim hijrah. Utuan kata hari ini 1 Rejab. Tak mengapalah, yang pentingnya puasa. Saya malas mahu memanjangkan cerita. Buat sakit kepala memikirkannya.

Tetapi, hairan juga, Mazhab Takwin pun wujud di Malaysia! Macam-macam hal!

Khamis, Julai 20, 2006

Kes Murtad Azlina Jailani (Lina Joy) - Penerangan & tindaka

*Kiriman e-mel dari sahabat saya. Nampaknya, dia semakin serius!!


Assalamualaikum

Untuk makluman anda, ini adalah antara intipati hasil mesyuarat dan diskusi yang dibuat semasa perjumpaan di kalangan peguam2 muslim dan NGO Islam pada 12 Julai lepas di Bangunan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Isu di hadapan anda ini teramat penting dan jauh lebih mustahak untuk anda perbincangkan kerana ianya melibatkan kedaulatan Islam, ketuanan melayu dan maruah ummah secara keseluruhan.

Saya difahamkan bahawa akan diadakan suatu perjumpaan atau majlis penerangan di Masjid Wilayah Jalan Duta pada Ahad, 23 Julai 2006 pada jam 9pagi. Sila hadir memberikan sokongan moral.

Saya juga menyeru anda semua untuk kita sama-sama bersolat hajat dan memohon bantuan Allah agar permohonan Lina Joy di Mahkamah Persekutuan ditolak oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan secara majoriti.

Sila sebarkan untuk makluman sahabat-sahabat muslim yang lain.

Ahmad Nazery Shamsudin
Peguambela dan Peguamcara
Kuala Lumpur


*Dokumen yang disertakan dalam file WORD. Saya tak tahu cara download word untuk dipublishkan, tetapi post pengumuman ini saya kira memadai.

Moga-moga ada keinsafan

Berdoalah untuk mereka, kalau ini sahaja yang kita mampu lakukan.


From New York Times: "Zahra al-Samra, 18, was comforted by her brother Tuesday in a hospital in Hosh, Lebanon, two days after she was wounded and their mother and sister died in an Israeli airstrike in nearby Tyre."

Banyak lagi yang mengharukan di http://angryarab.blogspot.com/

Selasa, Julai 18, 2006

Senyum sikit..

SATU
What do you call a lass missing an arm and a leg on one side?
Eileen.

What do they call the same lady in Japan.
Irene.

DUA
What do you call a blind doe?
No idea.

What do you call a blind and lame doe?
Still no idea.

:-)

The status of Islam in the Constitution

BACA dengan mata HATI

Point of View
By TUN HANIF OMAR
IS the Malaysian Constitution a secular one? Lately we have had calls from some MPs and others claiming that our Federal Constitution is a secular one and that it is incorrect to call Malaysia an Islamic country.

They find disquiet in every step taken to inculcate Islamic values into Malaysian life. Sometimes non-Muslim citizens expressed discomfort even when the additional Islamic values are applied only to their Muslim fellow citizens.

All these have a tendency to make certain Muslim groups and individuals resentful of these people. Add to this mix a perception among such Muslims that there is a drive to introduce pluralism into religion in Malaysia and a desire for equal official treatment of the various religions, we get a perceptible stiffening of attitudes. The concoction becomes more volatile when traditional policies on apostasy and conversion are challenged.

We are not standing in such a volatile concoction and certainly not in an explosive situation, yet. But there is no room for complacency because the danger is clear. We need every ounce of wisdom on the part of people who matter to prevent the danger from becoming imminent.

Who are the people who matter? They are those on both sides of the equation who are the activists or the reactionaries in the dynamics playing out before us. When we live in a melting pot with ingredients that necessarily take time to melt down, we must give the pot the time. We must see what it takes for the alloy to come to a nice boil and hasten slowly to avoid a conflagration.

Every other day I read all kinds of statements, reports and articles that support or oppose the move for inter-faith dialogue. Why should there be such a need for dialogue unless some group feels that it has a grievance that can best be solved if the other party can be made to appreciate it and help to find a solution to it.
To me, nothing can be more reasonable than that. So, why is there some strong opposition to engage in a dialogue?

I have not seen anyone giving a full list of reasons but statements emanating from the Badai group (the Malay acronym for the Anti-Inter Faith Commission) that caused the Article 11 forum in Penang to stop prematurely complained of the proceedings being in English which, I suppose, placed the Badai group at a disadvantage.

Those in favour of a dialogue with another party have the duty to engage that party in a language it is comfortable with. It is perfectly reasonable to expect that those who seriously want to engage with Malaysians who are comfortable only with Bahasa would hold the dialogue in Bahasa: it is our national language.

At the very least, since we still have citizen social activists who for some reasons or other are still not fluent in Bahasa, satisfactory translation facilities should be made available. That will undercut the most basic reason for not participating in a dialogue.

If the Badai or some other opposing groups are not happy to have the dialogue for some other reasons, then they have the language to explain the reasons and to hear and understand the counter-reasons. The onus for this arrangement must be with the dialogue organisers, the Article 11 people.

It is no use for the Article 11 people to say that they do not need to dialogue with the Badai and such opposing groups because they have enough qualified Muslims to dialogue with, such as some learned scholars and experts.

Badai and their ilk are in fact the important people to tackle because it is their fears and objections that have to be overcome. The key is to show that their fears and objections are non-existent, unreasonable or unnecessary.

Most people opposed to inter-faith dialogue feel that Islam is under assault by non-Muslims in a Muslim country. It is a perception the inter-faith people must tackle carefully and rationally.

Their opponents feel that when they take up the case for apostates, they are interfering in the administration of Islam. They do not see it as protecting the human rights of persons who are no longer Muslims. To bridge these divergent views, there must be a dialogue: that is why all impediments to dialogue must be removed, such as the totally unnecessary one of the medium of communication.

The siege mentality can be seen clearly in the report, “Muslim lawyers form group to defend Islam from attack” (p10, The Star, July 14 2006). The group is called the Peguam Pembela Islam (PPI) or Lawyers in Defence of Islam.

Their objective is principally to clear the “misconception” on the status of Islam in Malaysia by giving their side of the story. Its pro-tem chairman Zainur Zakaria is reported to have said: “Among non-Muslims, it was viewed that Malaysia is not an Islamic state ... What we are hearing are the voices of those advocating a secular state where Islam is subservient to the Constitution.”

I am happy that the avowed aim of PPI is to give its side of the story. Giving one’s side of the story is in reality participating in a dialogue. That is the rational thing to do and I fully supported the PPI’s declared intention.

Is Malaysia an Islamic country? We will be debating this for the foreseeable future. There is no statement to that effect in the Constitution. But we are certainly not a Christian country or a Buddhist or Hindu country because not only is there no statement in the Constitution to that effect, each of these religious communities is a minority compared to the Muslim community.

By virtue of the Muslims being not only in the majority but a practising majority at that, I personally think that they have every right to think that it is a Muslim country. It was already a Muslim country in the pre-colonial era and Islamic law was further declared by the court during colonial times to be part of the law of the land.

Even the Merdeka and Malaysia constitutions which introduced so many more non-Muslims into the citizenship milieu did not detract from the special position of Islam as the sole official (though not national) religion.

They also recognised the syariah court’s special position although they set its limits just as the secular civil court has its own limitations. So Malaysia is de facto, as the government has said, an Islamic country. But Article 4 (1) of the Federal Constitution states that, “This Constitution is the supreme law of the Federation” and there is no ambiguity in its declaration.

The syariah is not the supreme law of the land. However, to all intents and purposes, the supreme law of the land does not prevent a Muslim from any Islamic practice. It does prevent the imposition of the syariah court on non-Muslims. The trick here is to determine whether a practice is in fact an Islamic practice fundamental to the tenets of Islam.

So is the Malaysian constitution a secular constitution? To my mind, no. The sine-qua-non is not there. There is no absolute separation of state from religion as evident from the position of Islam as an official religion, a constitutionally endowed Muslim religious court system, albeit with jurisdiction only over Muslims and in respect only of those matters stated in the 9th Schedule, List 11 – State List, Section 1.

Our Constitution is quasi-secular only. This is my view. There are other people I know, and some are very learned who feel that our Constitution is secular but this we should leave to the constitutional court to decide on some appropriate occasion. What is important is that Article 4(1) declares that the Constitution is the “supreme law of the Federation” and it guarantees the right to freedom of religion to all.
It is also my view that the adherent of any faith should not be subjected to the practices specific to any other religion.

Our country is greatly admired by all and sundry, not least by other Muslim countries, for the ability of its multi-racial and multi-creed citizenry to live among each other in peace and tolerance. This is our high ground. Come and join me in maintaining it.

FAIR enough??!!!

Cuti-cuti Malaysia

Saya sengaja ambil cuti 2 hari - hari ini dan esok. Sengaja.

Alasan saya mahu berehat kerana sudah 2 minggu saya berkerja hingga Ahad, hingga kepala saya sudah tidak boleh berfikir secara normal. Sejak saya pergi Sabah pada 2 Julai hingga semalam, saya terus bekerja biarpun hari Ahad dan lewat malam. Tapi bos saya ok (bos perempuan :-)) dan dia memahami.

Hasrat utama sebenarnya mahu menatap laptop danmenyiapkan kerja tertangguh untuk blog satu lagi, kisah seribu teladan. Tapi lain yang saya rancang, lain pula jadinya. Rayuan adik saya ke UiTM berjaya. Semalam saya lihat keputusan, esok dia perlu mendaftar. Kampusnya? SUNGAI PETANI!!!

Nampaknya jadi driverlah saya esok. Walau bagaimanapun, hasrat dia berjaya juga - mahu ke universiti. Setelah saya dan abang nombor duanya, yang nombor tiga mahu menjaga keluarga dan tidak mahu kemana. Jadi dia yang nombor empat mahu menyambung hasrat keluarga, walaupun kami tak pernah bercita-cita supaya semua mencecahkan kaki ke menara gading. Alhamdulillah, sudah rezeki ALLAH beri. PAling tidak, terbukalah semua mata yang berkata itu dan ini sebelum ini. Sudah resam manusia!

Hari ini saya yang kelam kabut, kerana saya perlu telitikan satu persatu apa yang perlu untuk dia. Juga menyampaikan wasiat yang perlu bila berguru di tempat orang. Terus saya teringat kepada serangkap pantun lama:

Berguru ke padang datar
dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
bagai bunga kembang tak jadi.

Saya ingat-ingat lupa pantun tu. Kalau salah tolong betulkan. Maklumlah, saya ni cempedak yang diluar pagar!

Isnin, Julai 17, 2006

Menterjemah kenangan

Sebelum versi Melayu terbit, saya diminta untuk buat proofreading. En Latif (Saya panggil ALB) minta cuma 7 hari sahaja. Saya menolak dgn terpaksa, kerana kesibukan kerja di awal bulan - kalau saya cuti, bermakna hampir 200 orang tidak bergaji. Menyesal??? Hmm..adalah juga. Peluang baik, tapi apa boleh buat...

Menterjemah kenangan
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)

GEISHA barangkali istimewa dalam ruang lingkupnya tersendiri. Dia wanita yang hanya boleh ditemui di Jepun. Kehidupan geisha juga diangkat ke dalam filem berdasarkan tulisan novel.

Dan novel serta filem mengenainya itu pula laris di pasaran. Tidakkah itu istimewa namanya? Kalau kita belum lupa, filem Memoirs of Geisha telah menjadikan pelakon utamanya, Zhang Zhi Yi popular secara mendadak. Jangan dilupakan bahawa ia diterjemahkan kepada 35 bahasa selain dijual lebih 16 juta naskhah di seluruh dunia.

Jadi apa lagi yang boleh ditulis untuk menggambarkan keunikan geisha ini?

Pertama kali ia diterbitkan pada tahun 1997 dalam bahasa Inggeris, sehingga sekarang novel Memoirs of Geisha kekal kedudukannya sebagai novel terlaris. Ia bukan sahaja laris di Amerika Syarikat (AS) tetapi juga seluruh dunia.

Dalam pada itu, keistimewaan geisha dan buku mengenainya turut meresap sama di Malaysia. Jika sebelum ini buku Memoirs of Geisha diterjemah ke dalam 35 bahasa, apa salahnya ditambah satu bahasa lagi dalam bahasa Melayu.

Di sini, Marshall Cavendish, syarikat penerbitan untuk pendidikan, rujukan am dan perniagaan mempersembahkan Memoirs of Geisha edisi Melayu dengan judul kenang-kenangan Seorang Geisha.

Di tangan penterjemah Abd. Latif Bidin, kehidupan, kenangan serta keistimewaan geisha ini diceritakan dengan baik berdasarkan keinginan pembaca yang mahu menyelongkar mengenai geisha.

``Tugas menterjemah buku ini bukan mudah. Ia bukan kejayaan saya seorang tetapi pasukan yang menjadikannya seperti diharapkan, kata Abd. Latif yang ditemui Utusan Malaysia di pejabat Marshall Cavendish di sini baru-baru ini.

Menurutnya, keistimewaan dan keunikan buku ini menjadikan ia tugas sukar untuk diterjemahkan.

``Tetapi hambatan yang paling sukar ialah bagaimana menterjemahkan geisha itu sendiri dari sisi budaya Melayu, agar ia dapat difahami atau paling penting dijiwai. Geisha barangkali salah satu aspek dalam ritual budaya Jepun yang cukup dikenali masyarakat di luar negara matahari terbit itu. Ia juga cukup asing dan pada masa sama penuh misteri. Ini yang menjadikan sukar menterjemahkannya, kata beliau yang berpengalaman luas dengan kerja-kerja terjemahan.

Abd. Latif yang merupakan ahli persatuan penterjemah Amerika beberapa kali diberikan kepercayaan menulis sari kata wawancara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama CNN - Talk Asia oleh Lorraine Han; menemani koresponden New York Times di Jakarta untuk mewawancara Nirmala Bonat di kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur dan mentafsirkan wawancara oleh AFP dengan dua orang pengikut setia ajaran Ayah Pin.

Antara buku yang diterjemahkan oleh anak kelahiran Taiping ini ialah buku-buku seperti Petronas Twin Towers - A Vision Realised (1999); Report: The Royal Commision of Enquiry`s Investigations into the Injuries of Datuk Seri Anwar Ibrahim Whilst in Police Custody (1999); Censorship Guidelines for Islamic Publishing Materials (1999); Citra - Institute of Language and Literature (DBP) (2000); The Quran in Our Everyday Life (2001); Karim Raslan`s Ceritalah: Malaysia in Transition (2002) dan Chamil Wariya`s Naik, Jatuh dan Bangun Semula - Perjalanan Politik Abdullah Ahmad Badawi (2004).

Menurut Abd. Latif lagi, dalam novel ini, terjemahan yang dihasilkan mesti mematuhi `lenggok budaya Jepun tetapi turut mengambil kira kefahaman masyarakat Melayu dengannya.

Justeru, pemilihan perkataan yang bersesuaian amat menghambat masa dan tenaga, kata beliau yang turut mengakui membaca Memoirs of Geisha karya Arthur Golden lebih daripada 10 kali sebelum melaksanakan kerja-kerja terjemahan.

Cenderung
``Sebelum ini, saya cenderung diberikan tugas menterjemah karya politik tetapi saya gemarkan kesusasteraan. Mendapat peluang menterjemah karya agung seperti Memoirs of Geisha saya gunakan sepenuhnya. Apa yang diharapkan, terjemahan kenangan, budaya, kehidupan geisha ini sampai ke minda khalayak, ujar beliau bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Rujukan dan Umum Marshall Cavendish, Christine Chong pula berkata, pihaknya berharap dengan terbitnya buku Kenang-Kenangan Seorang Geisha ini dapat membantu pembaca Melayu merasai keistimewaan Memoirs of Geisha.

Ditanya mengapa buku ini tidak dikeluarkan semasa filemnya meledak, beliau berkata: ``Pada mulanya, rundingan mengenainya dengan syarikat Random House telah ditolak. Tetapi rayuan yang dikemukakan telah berjaya meyakinkan mereka. Keputusannya, Marshall Cavendish telah berjaya memiliki kontrak untuk menerbitkan Kenang-Kenangan Seorang Geisha (edisi Bahasa Melayu) dalam jangka masa yang ditetapkan, katanya.

Membaca novel ini seolah-olah kita memasuki sebuah dunia di mana penampilan menjadi sangat penting; kegadisan seorang wanita dilelong kepada pembida tertinggi; wanita dilatih untuk memperdayakan lelaki yang paling berkuasa seterusnya di mana dunia cinta dianggap ilusi
semata-mata.

Novel yang diangkat kerana mengandungi gaya penulisan mempesonakan ini memaparkan Sayuri sebagai simbol kecantikan, bagaimana dirinya memupuk keanggunan seorang geisha serta kuasa yang lahir hasil keanggunan tersebut. Menerusi kenangannya, betapa kita dapat melihat kemerosotan moral Gion - sebuah penempatan geisha di Kyoto berserta dengan teater-teater, tempat minum teh, lorong-lorong sunyi dan tempat-tempat artis. Perang Dunia Kedua menyaksikan bagaimana banyak rumah geisha terpaksa ditutup. Sayuri mengalami kejerihan hidup dalam tempoh tersebut tetapi dengan semangat dia dapat menakluki semula kebebasannya daripada cengkaman rumah geisha. Seperti Memoirs of Geisha, Kenang-Kenangan Seorang Geisha dihiasi dengan metafora-metafora dan nuansa-nuansa.

Tak jumpa cover MELAYUnya. Nanti saya post gambar kemudian!

ISLAM???

Ini dari e-mail yang diforward ke dalam mail box saya. Sumbernya? Entahlah! Bak kata nenek saya, dengar boleh, percaya jangan....

Ramai pemain bola sepak piala dunia beragama Islam

SATU: Ribery damai dalam Islam - Islam Bukan Halangan

Paris: Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh org Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat keperecayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka memperkatakannya dikhalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis.

Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya berasal dari Maghribi memainkan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengah media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain utk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya papazazzi tidak menggangunya.

"Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau di dalam padang permainan," katanya. "Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier,juateru saya mahu mencari kedamaian dlm jiwa dan akhirnya saya menemui Islam�"

Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah L� 'Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille. Menuru satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun di negara itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.

Kapten Zinadini Zidane atau 'Zainuddin Yazid Zidane�' juga seorang Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi.

Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yg digugurkan dari senarai skuad Perancis, menggunakan nama 'Bilal�' apabila memeluk Islam. Dia kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.

Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk islam, golongan minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dr Organisasi Shehada yg mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat Muslim Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery.

"Dia adalah contoh yg membanggakan kami berdasarkan persembahan unik dan kesederhanaannya" katanya kepada Islam Online.net

Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yg tiga kali dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman, bakal menarik diri selepas Piala Dunia 2006.

Dia memulakan karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille membolehkan Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005 sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman.


DUA: Islam Bukan Halangan

Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis, Zinedine 'Yazid�' Zidane juga beragama Islam. Dia yg berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali.

Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dlm pasukannya Zlatan Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yg berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan etnik Finland.

Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie dan Khalid Boulahrouz. Persie,menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan teman wanitanya yg berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra.

Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast. Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.

Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik beradik beragama Islam, Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah. Yaya kini bermain utk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal


TAMAT!!

Lagi-lagi Zidane!

Saya fanatik Zidane? Entahlah....

What materazzi said to zidane before he got headbutted

Zidane : Ordinanza di tirare il costume!! /
Stop pulling my shirt!

Materazzi : Taciti, enculo, hai solamente cio che merite... / Shut up butt fucked one, you are only getting what you deserve...

Zidane : Si e cio... / Yeah, that's it....

Zidane walks away but the italian player continues

Materazzi : Meritate tutti ci?, voi gli enculato di musulmani, sporchi terroristici / You all deserve it, you butt fucked Muslims are all dirty terrorists

That is when Zidane returns and head butts him.

Source(s):
It was posted in another section like this in todays San Francisco Chronicle. I cannot verify further to it's authenticity

Jumaat, Julai 14, 2006

Ini lah dia!






Semasa Zidane umumkan yang dia mahu keluar dari persaraannya dan mahu membantu Perancis dalam Piala Dunia 2006, dia berkata bahawa ada suara ghaib yang mengejutkannya di waktu malam yang mahu dia bermain semula (di peringkat antarabangsa). Suara ghaib siapakah itu? Apakah suara Jibrail menurunkan wahyu kepadamu Zidane untuk main bola semula?? (hehehe...)

Walau apapun, saya bukan fanatik Zidane. Sekadar mengikuti perkembangan semasa. Dan antara mereka yang terpegun dengan dua tandukan Zidane semasa final 1998 di Perancis. Apa yang terjadi, bola itu bulat, dan segalanya telah tersurat!

Inilah gambar untuk tatapan - Zidane menanduk Materazzi dan kad merah penutup karier cemerlangnya di pentas bola!

TAMAT!

‘Dia hina ibu, adik saya’


DUA SUASANA: Ketika Zidane (gambar kiri)
berdepan dengan keadaan tidak tenteram dalam
temuramah TV secara langsung di Paris meluahkan
cerita benar peristiwa dia menanduk pada final Piala
Dunia, ‘lawannya’ Marco Materazzi (kiri gambar kanan)
bergembira di atas pentas bersama penyanyi
Rolling Stones, Mick Jagger (dua dari kanan),
pemain gitar, Ron Wood (dua dari kiri) dan
rakan sepasukan Alessandro Del Piero ketika
kumpulan berkenaan mengadakan persembahan
Jelajah Eropah di Milan, kelmarin.

Zidane dakwa Materazzi sengaja provokasi sehingga dia hilang pertimbangan

PARIS: Misteri yang menyelubungi Zinedine Zidane masih belum terungkai.Sejak beberapa hari lalu, peminat sukan di seluruh dunia dibelenggu persoalan: Ungkapan apakah yang digunakan pemain Itali, Marco Materazzi sehingga menyebabkan Zidane hilang punca di pentas terakhir kariernya?

Media dari Brazil hingga ke Britain menggunakan pakar pembaca bibir untuk cuba mengesan perkataan itu tetapi mereka mendapat jawapan yang berbeza.

Dalam wawancaranya dengan stesen televisyen Perancis, Zidane memperkatakan mengenai insiden dia menghantuk kepalanya ke dada Materazzi yang disebabkan kata-kata penghinaan lawan itu tetapi tidak memberitahu apa sebenarnya yang diperkatakan.

Berikut adalah petikan daripada temubual Zidane bersama stesen Canal-Plus dan TF1 kelmarin. – Agensi

Isu hantuk kepala


“Ia adalah tindakan yang tidak boleh diterima, dan saya mohon maaf kepada semua kanak-kanak yang melihatnya.

“Adakah anda fikir pada final Piala Dunia...hanya 10 minit daripada penamat kerjaya, dan saya akan melakukan sesuatu seperti itu kerana ia membolehkan saya berasa bagus?

“Saya beritahu diri sendiri bahawa jika berlaku seperti ini, ia kerana sudah ditentukan sebegitu. Dan saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku, saya menerimanya.

“Saya tidak boleh kata saya menyesal dengan tindakan saya kerana ia akan bermakna (Materazzi) tidak salah untuk mengeluarkan kata-kata sebegitu.”

Apa yang Materazzi kata

“Dia mengeluarkan perkataan yang amat pedih, yang diulanginya beberapa kali. Perkataan yang beberapa kali lebih teruk daripada perbuatan. Ia adalah perkataan yang menyentuh perasaan dan sanubari saya...Perkara yang terlalu peribadi, mengenai ibu saya, adik perempuan saya.

“Saya lebih rela ditumbuk di muka saya daripada mendengar perkataan sebegitu.”

Mengenai persaraan

“Saya tidak akan berpatah balik, sekurang-kurangnya itulah harapan saya...(keputusan itu) adalah muktamad.”

“Saya akan berehat, dan kemudiannya beralih kepada perkara-perkara lain.”

Bacaan lanjut: http://www.bharian.com.my

Zidane tetap dapat sokongan

PARIS - Tokoh bola sepak dunia menganggap ketua ketua pasukan Perancis, Zinedine Zidane tidak bersalah selepas pemain itu meminta maaf secara terbuka di televisyen kerana menghantuk pemain Itali, Marco Materazzi.

Zidane, 34, membuat kenyataan pertamanya mengenai insiden perlawanan akhir Piala Dunia itu menerusi stesen TV Canal+ dan TF1 di Perancis.

Walaupun bintang tengah Real Madiri itu tidak menyesali tindakannya ketika meminta maaf, namun dunia bola sepak Perancis tetap memberi sokongan kepada pemain pujaan mereka itu.

‘‘Kami dapat merasakan dia amat kecewa kerana dia sepatutnya disanjungi selepas perlawanan jika insiden itu tidak berlaku. .
‘‘Dia seperti tersinggung apabila melihat kad merah. Dia mengakuitidak bersalah dan anda juga harus memaafkannya,” kata bekas jurulatih Perancis, Michel Hidalgo.

Bekas rakan sepasukannya pada Piala Dunia 1998, Bixente Lizarazu turut berkata, Zidane mesti diampunkan.

‘‘Amat penting baginya untuk menjelaskan sendiri insiden itu dan meminta maaf.

‘‘Selepas kejadian itu (hantukan) yang tidak sepatutnya dilakukan, bagus jika dia bercakap tentang provokasi dan anda perlu menghukum kedua-dua pemain, pencetus dan pembalas,” kata Lizarazu.

Zidane turut mahukan Materazzi dihukum, biarpun mengakui bahawa dia memang wajar dibuang padang kerana serangan itu.

Katanya, adalah tidak adil jika pemain Itali itu terlepas biarpun dengan dada yang lebam kerana tindakannya dalam insiden tersebut.

Seorang lagi bekas pemain antarabangsa Perancis dari 1982 dan 1986, Alain Giresse berkata, orang ramai tidak boleh mengharapkan semua pemain bola sepak menjadi sempurna.

‘‘Kita tahu dia seorang yang amat merendah diri dan tenang, tetapi dia juga mempunyai perasaan marah. Zidane baik, mudah tersenyum dan tampan, itu sudah sempurna asasnya,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Jean-Francois Lamour berkata: ‘‘Kata-kata Zidane itu memang kita nantikan. Terutamanya permohonan maaf kepada kanak-kanak, guru dan sukarelawan.”

Matezarri sebelum ini dilaporkan telah mencaci Zidane dengan kata-kata perkauman, merujuk kepada keturunan Algeria Zidane dan pengganas Islam Arab, namun ia dinafikan oleh kedua-dua pemain.

Bagaimanapun kelmarin, seorang ahli politik Itali, Roberto Calderoli telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyebabkan bintang tengah itu berang.

‘‘Seorang naib presiden senat Itali telah berkata bahawa pasukannya menewaskan sebuah pasukan yang diwakili orang kulit hitam, beragama Islam dan komunis, bukankah ia lebih teruk (daripada hantukan saya)?

‘‘Tidakkah anda fikir ia serius? Ia mengejutkan saya. Tindakan saya mengejutkan tetapi bagi saya, itu lebih teruk. Apabila anda mendengarnya, ia menyakitkan,” kata Zidane.

Calderoli, pemimpin sayap kanan parti Liga Utara yang popular, Selasa lalu berkata demikian ketika memuji kejayaan Itali ke atas Perancis dan menganggapnya sebagai ‘satu kejayaan bagi jati diri Itali’.

‘‘Apabila saya berkata, pasukan Perancis mengandungi orang kulit hitam, beragama Islam dan komunis, saya bercakap satu perkara yang jelas dan terbukti,” kata Calderoli.

Sambil membangkitkan soal agama dan warna kulit, dia juga menambah: ‘‘Perancis ialah sebuah negara pelbagai kaum kerana sejarah penjajahannya yang tidak membanggakan saya.

‘‘Bukan salah saya jika ada orang yang hairan melihat sebuah pasukan yang membariskan tujuh orang kulit hitam daripada 11 pemain...,” katanya.

Tidak semua orang di Perancis menyokong Zidane termasuk akhbar mingguan bersayap kanan, Minute.

‘‘Selamat tinggal si biadap,” tulis akhbar itu di muka depannya.

Akhbar tersebut mulanya menyiarkan satu artikel menanyakan pembacanya, sama ada Perancis memiliki terlalu ramai orang berkulit hitam dalam pasukan sambil mendakwa bahawa pasukan itu menjadikan masyarakat lain di dunia berpendapat bahawa orang Perancis berkulit hitam sedangkan anda kerap menemui ramai yang berkulit putih. – AFP

Bacaan lanjut: http://www.utusan.com.my

Why Today I Wear My Zidane Jersey

A BUZZFLASH GUEST CONTRIBUTION
by Dave Zirin

Imagine Michael Jordan in his last game, with the score tied in overtime, knocking out his defender with a punch to the throat. Imagine Derek Jeter in game seven of the World Series, at bat with the bases loaded, thrashing the opposing team's catcher over the head with his bat. Our collective shock would only be exceeded by disappointment. No one, fan or foe, would want to a see a great player end their career in an act that speaks to the worst impulses of sports: when hard competition spills over into violence.

Now imagine if Jordan and Jeter claimed they were provoked with a racial slur. Does their violence become understandable? Even excusable? Herein lies the case of French National team captain, the great Zinedine Zidane.

Zidane, competing in his last professional match, was kicked out of the World Cup final in overtime for flattening Italian player Marco Materazzi with the head-butt heard around the world.

Zidane, or Zissou as he is known, became the first captain ever ejected from a World Cup championship match. The announcers denounced Zissou for committing a "classless act and the French team withered, eventually losing to a demonstrably inferior Italian squad in overtime. The following morning the international tabloids with their typical grace, gave Zissou a new nickname: "butt-head."

Less examined was the fact that Zissou was literally carrying a lightly regarded French team to the finals. Less examined was the fact that Zissou had been grabbed, kicked, and fouled all game by the vaunted Italian defense. Less examined was the fact that Zissou had almost left minutes earlier due to injury, his arm wilting off his shoulder like a wet leaf of spinach. This unholy amount of pressure is the primary reason the 34-year-old veteran snapped and planted Materazzi into the pitch.

Now the great mystery is what set Zissou off. What could Materazzi have possibly said to send him over the edge? Answers are beginning to filter out.

According to a FIFA employee transcribing what was said during the match, Materazzi's called Zissou a "big Algerian shit."

A Brazilian television program that claims to have used a lip-reader said Materazzi called Zissou's sister "a whore." The highly respected French anti-racist coalition SOS Racisme issued a press release stating, "According to several very well informed sources from the world of football, it would seem [Materazzi] called Zissou a 'dirty terrorist'."

Materazzi, in an answer that can only be called Clintonian, said, "It is absolutely not true. I didn't call him a terrorist." Of course he didn't comment on what he did call him. Zissou himself has only said cryptically that he would reveal what Materazzi said "in the coming days."

Right now, we do not know beyond a shadow of a doubt what was said but all the circumstantial evidence points at least toward a variant of SOS Racisme's claim.

Zissou is the son of Algerian immigrants who has sparred verbally with Europe's far-right political machine for more than a decade. He is an outspoken anti-racist on a team that has defined itself by its multiculturalism and stubborn insistence to stand up against bigotry both inside and outside the sport.

Materazzi on the other hand, will be playing this year for the Italian team Lazio, where his father was the former coach. Lazio's fan club, The Ultras, are notorious for their Fascist-friendly politics. Lazio's hardcore Ultras, known as the "Irriducibili," have members in Italy's extra-parliamentary far right and try to use the club to recruit. The group has frequently uses racist and anti-Semitic banners, one time hanging a 50-foot banner that said their opponents were a "team of niggers."

It's wrong to taint Materazzi for the actions of Lazio's fans, but there is more. Earlier this season in a match that pitted Messina against Inter in Sicily, Messina's star African player Marc Zoro famously picked up the ball and walked off the pitch in protest of the monkey chants rained upon him by Inter supporters.

In a stirring act of solidarity, many of the Inter players immediately showed support for Zoro's actions. But one opponent yelled, "Stop that, Zoro, you're just trying to make a name for yourself." That opponent's name was Marco Materazzi.

At the start of this tournament I wrote a soccer column with my colleague John Cox, called Racism Stalks the Cup. We expressed our concern that the monkey chants, banana peels, and peanuts raining down on African players this year would continue on the sport's grandest stage. This largely did not occur.

But then in the final act, at the moment of most exquisite tension, it seems racism may have actually emerged from the shadows. I, for one, am damn glad that when it did, it ran smack into Zissou's beautiful head.

We don't know with iron certainty what Materazzi said, but if it turns out to be more of the anti-Black, anti-Muslim, garbage that has infected soccer like a virus, the Italian team should forfeit the cup. They should voluntarily give the greatest trophy of them all back to FIFA as a statement that some things in this world are more important than sports.

Racism will be the death of soccer if things don't change. Italy can set the sport back on course, with one simple, stunning gesture.

Give the damn thing back.

A BUZZFLASH GUEST CONTRIBUTION

Dave Zirin is the author of "What's My name Fool?": Sports and Resistance in the United States (Haymarket Books). You can receive his column Edge of Sports, every week by e-mailing edgeofsports-subscribe@zirin.com. Contact him at whatsmynamefool2005@yahoo.com.

Keterangan lanjut: http://buzzflash.com/

Rela ditumbuk daripada dicaci

PARIS - Misteri Zinedine Zidane masih belum telerai. Dalam komen sulung yang dinanti-nantikan sejak perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia, ketua pasukan Perancis itu hanya menjelaskan sebahagian daripada sebab mengapa dia menghantuk pemain Itali, Marco Materazzi: Cacian kesat berulang terhadap ibu dan adik perempuannya.

Bagaimanapun Zidane tidak menjelaskan secara terperinci apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Materazzi, yang sebelum ini bersumpah tidak pernah mencaci ibu Zidane.

Tenang dan bercakap lembut, Zidane berkali-kali memohon maaf kepada peminat, terutama kanak-kanak dalam temu bual kelmarin - tiga hari selepas kejadian ganas itu berlaku.

‘‘Apa pun, saya hanya manusia,” kata Zidane.

Pemain tengah berusia 34 tahun itu tidak menyesal dengan hantukan yang telah mengakhiri karier profesionalnya selama 18 tahun.

‘‘Saya memberitahu diri sendiri, jika kejadian sebegini berlaku, ia disebabkan ada `sesuatu’ di luar sana yang menetapkannya begitu.

‘‘Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku, saya menerimanya,” katanya kepada televisyen TF1.

Zidane enggan menjawab soalan tentang apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Materazzi.

‘‘Saya lebih suka rahang saya ditumbuk daripada mendengarnya,” katanya kepada saluran Canal Plus, sambil menegaskan bahawa bahasa Materazzi ‘amat kesat’ dan dia mengulangi cacian itu berkali-kali.

Zidane dan Materazzi berbalas cakap selepas Itali mematahkan satu serangan Perancis. Beberapa saat kemudian, Zidane membongkokkan badan dan menyondol dada Materazzi, menyebabkan dia rebah di padang.

Ketua pasukan Perancis itu bagaimanaoun menegaskan, dia tidak menyesal dengan perbuatannya itu ‘kerana ia membuktikan apa yang diperkatakan oleh Materazzi adalah benar.’

‘‘Tindakan saya tidak boleh dimaafkan tetapi mereka mesti menghukum pihak sebenar yang bersalah dan orangnya ialah yang mencetuskannya,” katanya.

Materazzi pernah mengakui dia mencaci Zidane tanpa menjelaskan secara khusus.– AP

http://www.utusan.com.my

Akhirnya dia bersuara!!



Saya tak nafikan hampir menitis airmata melihat Perancis tewas tempohari. Tewas kerana ia berakhir dengan penalti - sesuatu yang suakr untuk diterima. Dan kerana Zidane juga. Ya! Zidane.

Saya pasti ada sesuatu yang menyebabkan dia bertindak begitu. Maka sejak berakhirnya WC2006, bermacam telahan yang timbul dan andaian dibuat. Zidane tutup mulut, enggan berbicara tentang itu. Ada yang simpati, ada yang mencemuh. Tetpi yang pasti, namanya tetap dianggap sebagai satu lagenda yang pernah mewarnai dunia bolasepak.

Tak perlu saya hurai panjang. Entri seterusnya ini adalah beberapa jawapan terhadap tindakan Zidane yang sempat saya cari. Ini adalah sebahagia, kerana saya dan pasti,ada sebab di sebalik tindakannya itu

Khamis, Julai 13, 2006

Salam untuk semua

Bayu dari Sabah ternyata menyegarkan.

Sebelum bertolak, saya sempat menghadiri bengkel PTS dan Sifunya, Pn Ainon hadir memberikan kuliah berapinya. Saya berjumpa beliau dan menyatakan betapa saya buat beberapa minggu mahupun bulan merasa sedikit tertekan kerana tidak mampu mengotakan janji untuk menyiapkan manuskrip seperti yang dihadapkan. Pelbgai perakra yang menghalang dengan semangat turun naik yang ada pasang-surutnya. Namun, nasihatnya cukup mudah dan ringkas.

"Buat blog dan publishkan. Bagi orang lain baca"

Dan sepanjang penerbangan 2 jam 30 min itu saya rasa terlalu lama. Saya tahu ini pertama kali saya terbang dan trkial-kial, tapi kata-kata Pn Ainon bermain-main di telinga. Sebaik di mendarat di KKIA dan tiba di banglo yang menjadi tempat saya menginap buat beberapa hari, saya tidak boleh tidur! Terus saya capai laptop dan mengedit itu ini.

Hasilnya? lawatilah blog terbaru saya di http://www.kisahseributeladan.blogspot.com/
Semoga isi didalamnya akan lebih menceriakan hidup kita. Saya rasa kerja menjadi lebih mudah dan lebih fokus. Terima kasih Sifu!

Sehubungan itu, saya memohon sebarang komen bagi memantapkan lagi gaya persembahan dan penulisan. Moga ada kebaikan yang timbul darinya.

Selamat membaca!