Khamis, Ogos 31, 2006

Blog

Saya kemaskinikan blog supaya tidak cacamerba
1.Masterpiece – blog jurnal harian (kalaulah saya update hari-hari). Saya berkongsi rasa, perasaan, pendapat, buah fikir dengan semua. Tentang isu semasa, tentang hidup saya, kawan-kawan, dunia, berita..semualah.
2.Qalam – untuk berbahasa dengan indah. Merupakan arkib @ himpunan tulisan tangan yang tersimpan dalam kotak, yang saya salin dari pelbagai sumber sejak sekolah lagi. Akan saya post satu-satu didalammya.
3.Kisah seribu teladan – kisah teladan para nabi, anbia, sahabat dan sebagainya untuk dijadikan teladan.
4.Pandang depan – blog baru, tentang idea yang terlintas dalam kepala. Apa yang saya fikir, lihat dan renung, baca dan kaji. Idea saya sendiri. Mungkin tidak sealiran dengan yang lain.

Silalah berkunjung dan tinggalkan komen. Saya tidak tahu jalan yang saya lalu salah jika tiada yang memberitahu itu salah. Kadangkala, syok sendiri pun susah juga…hehehehe

Merdeka

Apa pilihan yang kita ada bila datangnya 31 Ogos ini?
a. Lihat percikan bunga api di Datarn Merdeka atau KLCC dan tiba rumah jam 2-3 pagi
b. Bangun awal pagi untuk pergi melihat perarakan kemerdekaan di Putrajaya (tapi tahun ini di Kuching
c. Bawa anak, kawan-kawan atau diri sendiri sahaja ke Muzium Negara, atau Memorial Tunku Abdul Rahman untuk lihat pameran sejarah (bukakah cuti umum ni)
d. Duduk depan tv untuk lihat sambutan perarakan. Atau berebut siaran tv dengan adik-adik yang mahu lihat kartun
e. Tidur...tidur...tidur
f. Jemput kawan-kawan datang ke rumah untuk makan-makan dan bercerita tentang isu terkini, sambil merapatkan ukhuwah
g. Keluar shopping sebab gaji dah masuk

Ada lagi pilihan jawapan, tapi takkanlah nak tulis sampi Z. Pilihlah sendiri dan tanya sama ada kita ni dah betul-betul merdeka atau belum.

MERDEKA!

Doa Nabi Muhammad

Amir bin Saad melaporkan dari bapanya. Katanya: “Pada suatu hari Nabi Muhammad datang dari daerah perbukitan. Ketika sampai di Masjid Bani Mu’awiyah, beliau masuk ke masjid itu lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama. Beliau berdoa kepada Allah panjang sekali.

Selepas berdoa beliau berpaling kepada kami lalu berkata: “Aku memohon kepada Allah tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Allah supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.”(Diriwayatkan oleh Bukhari)

Salam kemerdekaan. Dan janganlah berpecah belah.

Selasa, Ogos 29, 2006

ITNM & Penerjemah

Dalam satu groups terjemahan yang saya langgani, ada perbincangan mengenai nama Institut Terjemahan Negara Malaysia. Persoalan yang diajukan ialah mengapa ianya menjadi Institut “Penterjemahan” dan bukan “Terjemahan”. Sebagai jawapan, ada beberapa orang memberikan pandangan dan saya perturunkan sedikit darinya, yang mana sempat saya dapat. Mereka ialah dari kalangan penterjemah, ada juga pensyarah dan mungkin bukan terlalu pakar dalam bahasa.

Sekadar menambah ilmu!

Pandangan pertama oleh Muhammad Fauzi Jumingan
Dalam hukum morfologi bahasa Melayu, sememangnya huruf 'T' pada pangkal perkataan digugurkan atau diluluhkan. Misalnya seperti tembak-penembak, tendang-penendang, dan tampar-penampar. tetapi dalam kes perkataan seperti penterjemah, pentafsir, dan pentaksir, saya berpendapat bahawa ada kekecualian di situ. Hal ini disebabkan bahawa perkataan tersebut adalah dipinjam dari bahasa asing, iaitu bahasa Arab. Justeru, kata akar perkataan tersebut harus dikekalkan. Tetapi isunya ialah bukankah perkataan itu sudah diterima masuk ke dalam kosa kata bahasa Melayu yang tertakluk dalam rumus hukum yang saya sebutkan tadi? Jadi, bagaimana? Mohon pandangan dan pendapat (an) tuan/puan yang bijak bestari.

Pandangan kedua oleh Norwati (#1)
I checked out the we, it's INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA BERHAD (Malaysian National Institute of Translation). In my humble opinion, 'penterjemah ' is the root word terjemah with imbuhan 'pe'. 'Penerjemah' refers to the same word and meaning as 'penterjemah', but in terms of morphology (excuse the linguistics jargon), like other root words in Malay that begin with 't', this first letter is dropped, reason seems to be that it's easier to say the word and follows the pattern of other words like penulis (instead of pentulis), penari (pentari).

I believe my school of thought is that other words might drp the initial 't' when words beginning with t are attaced with a prefix (seperti imbuhan), but I usually keep the 't' to remind myself that these words that keep the 't' are relatively recent borrowed words (especially Arabic words). Eg penterjemah, pentafsir, pentasyhid, pentakwim etc.


Pandangan ketiga oleh Norwati (#2)
Sekadar pandangan berdasarkan pengalaman saya sebagai bekas pelajar Minor
Terjemahan USM dan penterjemah sambilan dan tenaga akademik bahasa dan
terjemahan (saya tidak gunakan 'Penterjemahan ' untuk bahagian ayat ini).
Kalau saya tidak silap; secara umumnya 'terjemahan' boleh merujuk kepada
produk / hasil kerja menterjemah. Selain itu perkataan ini juga boleh merujuk
kepada perbuatan menterjemah (translating)iaitu memberikan padanan dalam
bahasa lain/sasaran.

Hal di atas dibincangkan oleh sarjana seperti Juan Sager yang mengambil kira
pendapat 'translation as a process and translation as a product'. Tetapi dalam konteks proses terjemahan, saya melihat 2 aspek pula. Pertama, proses pemindahan makna, memberi padanan, membaca dan menyampaikan maksud tersirat yang tidak tersurat, dan perkara-perkara lain berkaitan kandungan bahan yang diterjemahkan. Ini saya anggap proses peringkat mikro.

Proses yang lebih kompleks (dan saya lihat sebagai di peringkat makro) pula ialah seperti meminta izin penerbit / penulis asal / bahan sumber, menguruskan pemindahan hakcipta, mencari penterjemah, menyediakan sumber kewangan, urusan pentadbiran dan lain-lain sehingga membawa kepada terhasilnya buku / penulisan dan bahan terjemahan tersebut dalam bahasa sasaran.

Proses peringkat makro dianggap 'penterjemahan' manakala yang mikro dianggap
'terjemahan' (saya lebih selesa dapat tugasan micro level sebab banyak tugas hakiki di tempat kerja sepenuh masa yang lebih diutamakan)

Re nama ITNM, saya bukan orang yang sepatutnya berikan jawapan, tapi sekadar
pandangan bolehlah rasanya. Pendapat saya, dari perbincangan takrif 'penterjemahan' dan 'terjemahan' di awal tadi, tak perlu kita anggap ITNM sudah silap diberi nama. Walau apa pun cerita 'tahu, tak tahu, tak tanya dan tak perlu tanya orang bahasa', kita anggap keputusan memberikan nama sesuatu badan itu sudah mengambilkira pertimbangan sewajarnya. Saya fikir, perkataan "terjemahan' (Sepatutnya 'penterjemahan' kerana skop tugas badan itu yang sangat luas) yang ada dalam nama ITNMB boleh kita anggap menggunakan teknik ekonomi kata dan keringkasan sesuatu NAMA dan JENAMA (dalam perniagaan dan perdagangan misalnya). ITNM terlibat dalam kedua dua tahap mikro dan makro industri ini, tetapi nama badan ini perlu ringkas kerana nama dan jenama lain juga demikian. Contoh: Cepat Cetak Sdn Bhd (tak perlu 'Cepat Mencetak
Sdn Bhd), Karang Kraf, Jabatan Alam Sekitar (mengapa tidak 'Persekitaran' yang lebih menyeluruh maksudnya?). Demi keringkasan dan ekonomi kata pada sesuatu tajuk/nama.
Wallahua'lam bissawab, ada masa luang, saya sibukkan nak jawab...
p/s dengan sengaja saya tidak merujuk Kamus Dewan kerana sudah berpendirian
seperti di atas


Pandangan keempat oleh Bashir Basalamah

Menarik juga pandangan yang diajukan tentang sudut makro dan mikro penterjemahan / terjemahan.

Saya kurang arif dengan pendapat Juan Sager, tapi berpandukan penjelasan Norwati, rasa saya aspek makro/mikro ini tetap tidak berganjak daripada istilah 'penterjemahan' juga, bukan 'terjemahan'.

Sebab, semantiknya, 'terjemahan' memang difahami sebagai hasil atau produk. Prosesnya 'penterjemahan', dan di situ baru kita boleh bincangkan aspek mikro (menterjemah) dan makro (mendapatkan hak cipta, mencari penerbit dan penterjemah, dsb).

Sayangnya Sager tidak dapat membincangkan sudut makro/mikro ini dari perspektif BMel, sebab BIngg cuma satu istilahnya, 'translation', untuk proses mahupun produk, tapi BMel ada dua istilah berbeza.

Namun saya setuju dengan Norwati tentang nama ITNM, kita tidak perlu mempersoalkan betul salahnya kerana itu nama yang sudah dipilih oleh mereka yang berkenaan.

Ulama Saudi larang nada dering azan, ayat al-Quran

Berita harian
28 Ogos 2006

RIYADH: Ulama Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia dianggap menjejaskan kesucian Islam.

Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata, perbuatan itu bersifat makruh apalagi jika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada dalam tandas atau pada premis hiburan seperti disko.

“Ayat suci al-Quran amat tinggi nilainya dan tidak tepat direndahkan tahapnya sebagai nada dering telefon bimbit. Paling rendah hukumnya adalah makruh,” katanya kepada akhbar Arab Al-Sharqul Awsat, kelmarin.

Beliau yang juga pensyarah Akademi Ilmiah Universiti Islam Raja Mohamed Saud, membuat ulasan itu berikutan semakin ramai umat Islam menjadikan laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran menggantikan irama muzik moden sebagai nada dering.

Sheikh Saleh berkata, larangan menggunakan ayat suci al-Quran dan azan dibuat atas ilat atau alasan ia sememangnya tidak boleh digunakan berdasarkan banyak sebab, termasuk tempat.

“Ia seperti deringan ketika pemilik berada di tempat kotor seperti tandas atau tempat tidak sesuai seperti disko atau majlis apabila ketika itu orang ramai sedang ketawa,” tegasnya.

Seorang lagi ulama, Suad Afif mahu satu garis panduan diwujudkan khusus mengenai penggunaan ayat suci al-Quran dan azan.

“Kita tidak mahu di tengah kegilaan ramai mendapatkan nada dering diminati, aspek kemurnian agama Islam itu pula tercemar. Kita juga tidak mahu keindahan dan kemurnian ayat suci dan azan itu diperlekeh baik secara sengaja atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata nada dering ayat suci al-Quran dan laungan azan, dari satu aspek mengingatkan umat Islam mengenai ibadat, seperti kewajipan menunaikan solat.

“Memanglah ia baik untuk umat Islam tetapi dari satu segi, jika nada dering itu didengar dalam tandas, tidak baik. Walaupun kita tidak nampak tulisan ayat al-Quran, ia tidak baik untuk didengar dalam tandas.

“Ayat suci al-Quran tidak boleh dibawa ke tempat kotor dan najis. Walaupun nada dering, ia kalau didengar di tempat seperti itu merendahkan kesucian al-Quran,” katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati dalam memilih nada dering telefon bimbit bagi mengelakkan melakukan dosa.

Kematian

Isnin 21 Ogos yang lalu, pada waktu tengahari secara tiba-tiba SMS bertalu-talu masuk. Ada khabar kematian seorang kenalan. Saya terpempan seketika. Memang telah diketahui dia ada penyakit, tetapi tidak saya jangka dia pergi secepat ini.

Lalu Selasa 22 Ogos, dalam keadaan saya yang mengantuk kerana tidak tidur semalaman menyiapkan kerja, menziarahi jenazah bersama tiga orang rakan. Arwah bukannya kenalan biasa. Dia cuma mengawal keselamatan di kampus saya. Tetapi dia dbaik dengan ramai orang. Persatuan kami sering menjemputnya menyertai program, terutamanya yang melibatkan aktiviti luar kampus seperti camping. Dan dia tidak sombong, malah melayan kami dengan baik, ibarat seorang abang kepaa kami semua.

Arwah kami kenali sejak dia masih bujang, berkahwin dan punya seorang putera yang bernama Putra. Biarpun sudah dua-tiga tahun tidak bertugas dikampus saya, kami masih lagi berhubung. Dia selalu ajak kami makan-makan dirumahnya atau datang berkunjung kerumahnya yang mudah sahaja untuk pergi - dengan LRT. Tetapi kami yang baru belajar hidup sesudah tamat belajar kadangkala tidak mampu memenuhi jemputannya. Kalau nak jumpa pun, pergilah ke Mid Valley kerana dia bekerja disana, masih lagi sebagai pengawal keselamatan.

Kali terakhir saya bertemunya ketika konvoi kenduri seorang sahabat di Klang penghujung 2004. Isterinya sarat mengandung anak kedua ketika itu, tetapi anaknya meninggal dunia sebaik sahaja lahir. Maka Putra adalah satu-satunya zuriat yang ada.

Di Kerinchi, di surau dimana jenazahnya berada, saya lihat ramai yang berziarah. Arwah memang pemurah. Bak kata isterinya, walau dia ada RM10 dalam poket, kalau orang minta tolong, dia akan beri. Dia tidak ambil pusing. Ada seorang berbangsa India datang menziarahinya mengatakan budi arwah yang sering membantunya ketika susah. Seorang rakan saya pula punya tafsiran yang menarik. "Aku rasa dia ni mesti orang yang hebat. Bukan sebarang orang datang melawat. Bukan setakat yang bersongkok dan berserban, malah yang bertindik telinga dan mulut dan berambut panjang turut datang berziarah. Tak pernah aku lihat suasana begini."

Usia arwah masih muda, 34 tahun. Penyakitnya dikatakan hypertension. Mungkin juga darah tinggi. Sekaligus mengingatkan saya supaya menjaga kesihatan. Kematian tidak mengenal usia.

Kami menziarahi kubur arwah di Pantai Dalam sebelum pulang. Masih teringat baik budinya. Kak Aida, isteri arwah pesan supaya menjenguknya selalu. "Walau arwah dah tak ada, rajin-rajinlah datang sini." Insya Allah, kami bukan setakat berkawan dengan arwah, tetapi dengan keluarganya juga.

Untuk Kak Aida dan Putra, hari esok masih punya mentari untuk menyinar. Kami akan terus bersama biarpun arwah telah pergi. Buat Allahyarham Ismail bin Abd Manan, Al-Fatihah dari kami, warga Task Force Rakan Muda, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Bagi rakan-rakan Task Force, kita masih punya tanggungjawab.

Isnin, Ogos 21, 2006

Siti oh! Siti

(Kalau Malaysia di bom Israel saat ini, tiada seorang pun yang mengendahkan. Malah mereka sanggup syahid di depan tv!)


Bukan saya benci Siti. Bukan.
Saya juga tidak marah Datuk K yang berjaya memikat hati Siti. Saya bukanlah antara kalangan yang membenci ikatan antara Siti dan Datuk K.

Tapi saya benci dan marah dengan sikap rakyat Malaysia. Taksub mereka melampau-lampau. Dahulu semasa aura Mawi meletup, beginilah juga keadaannya. Perang terjadi di Astro dengan ayat yang biadap dan kurang ajar. Bila dia putus tunang, keadaan yang sama berlaku. Media memainkan peranan bagi melakukan majalah dan akhabr. Beritanya jadi sensasi.

Saya juga bukan anti Mawi. Saya dapat rasakan kesan fanatik Mawi. Rumah sewa saya dahulu ada Astro, jadi saya dapat lihat kesan dan akibat buruknya. Memang buruk.

Itu kisah Mawi. Kisah Siti lain pula. Dan saya tahu kisah Siti - Datuk K tak akan habis saat dia bertunang, bernikah dan berkahwin. Selepas ini orang nak tahu bagaimana Siti menyambut puasa selepas bergelar isteri, apa pengalaman raya bersama suami, kemudian sibuk pula nak tahu sama ada Siti bunting pelamin atau tidak. Wah! Semakin panjang pula. Memang tidak akan habis kisahnya.

Maka wartawan pun semakin sibuk. Tokey majalah dan akhbar pula senyum melebar. Kantung mereka membesar. Rakyat berebut-rebut mahu mendapatkannya. Sekali seumur hidup. Bila lagi mahu lihat Siti kahwin? Macam Yusry dan Erra dahulu. Di sana sini kisah Siti yang menjadi perbualan. SMS pasal Siti, kantung e-mel penuh pun kisah Siti, lawak bodoh pun tentang perkahwinan mereka. Di meja makan, majlis kenduri kahwin, mesyuarat syarikat pun, semasa tuang minyak, kisah Siti jadi agenda utama. Jadi agenda perbincangan nasional. Jadi topik perbualan rakyat. Wah!

Tapi saya tahu, rakyat Malaysia ini memang prihatin. Di mana-mana dan atas apa jua mereka cukup prihatin. Bukalah apa sahaja tabung, berduyun-duyun datang menderma. Mohonlah bantuan pasti ada yang datang. Tapi keprihatinan mereka juga kadang kala mengundang lawak jenaka. Janganlah dengan perkara sebegini remeh menjadi tarikan utama.

Masih banyak lagi perkara yang lebih besar untuk kita lihat. Masalah dalaman negara tidak diambil endah. Belum lagi dengan kisah Perang di Lubnan sana, saat Israel membunuh dengan rakus rakyat Lubnan (baca:rakyat, bukan tentera atau negara). Kita masih lagi seperti itu, terpaku depan tv, sibuk mengSMS ucapan perkahwinan, mengAFundi, menangis bila calon AF keluar dan...macam-macamlah.

Malaysia saat ini senyap sunyi! Degup jantung terhenti. Mulut terkunci. Semua terpaku depan tv. Makcik-makcik, pakcik-pakcik, malah adik-adik yang masih berhingus dan tidak tahu apa-apa pun melongo depan tv. Keadaannya sama seperti final AF3 bila Mawi ada dahulu. Tahukah mereka 21 Ogos itu sempena 27 Rejab. Tahukah mereka 27 Rejab itu hari Isra' Mikraj. Pernah dengar pasal Isra' Mikraj? Pernah? Bila? Masa sekolah dulu?

Opss...sebelum saya melalut lebih panjang, lebih baik saya berhenti dahulu. Saya sekadar mendoakan yang baik-baik buat Siti. Moga dipanjangkan umur dan menempuh alam yang bahagia.

Entri ini ditulus ketika rakyat Malaysia sedang menatap majlis pertunangan dan penikahan Siti – Datuk K di TV3. Saya? Saya tidak mahu menjadi antara mereka yang melekat di kaca tv. Analogi saya mudah sahaja. Kalau Malaysia di bom Israel saat ini, tiada seorang pun yang mengendahkan. Malah mereka sanggup syahid di depan tv!

Ahad, Ogos 20, 2006

Uri

Salah satu kegemaran saya ialah melawat-lawat blog. Tak kiralah siapa orang itu. Apabila bertemu sesuatu yang menarik, saya akan copy-paste dan save. Bila-bila perlu, saya akan baca. Dan bila rasa mahu, akan saya post sebagai entri, seperti dibawah ini.

:-)

Uri: Cerah Masa Depan


Tokey Pajak: Aku tanam uri dengan pen. Pen lebih tahan dari pensel. Besar nanti, menulis tak berhenti.
Bukunota: Kalau begitu, saya tanam uri nanti dengan buku sifir kuasa Matematik dan kalkulator saintifik. Besar nanti jadi pakar Matematik.

Untuk tujuan rujukan masa depan:
1. Untuk anak jadi pakar geografi, tokoh pelayaran atau tauke balak: Tanam uri dengan globe dan peta dunia.
2. Untuk anak jadi pakar komputer, hacker atau tukang baiki komputer: Tanam uri dengan dalam casing komputer.
3. Untuk anak jadi doktor, jurubedah dan tukang bedah mayat (aka forensik): Tanam uri dengan buku Sains Hayat STPM.
4. Untuk anak jadi ahli politik, wakil rakyat dan pakar strategi pilihan raya: Tanam uri dengan kertas undi dan poster pilihan raya. Peringatan: Jangan tanam dengan bendera parti. Nanti kecoh pasal taksub parti. Dan peringatan lagi: Tanam satu kertas undi saja, jangan banyak-banyak. Nanti ada kemungkinan jadi pengundi hantu.
5. Untuk anak jadi anak yang soleh: Tanam uri dengan doa.

Entri ini saya ambil dari www.bukunota.blogspot.com, bertarikh Monday, January 16, 2006

Blog

Qalam
Blog ini hidup kembali.

Silalah berkunjung

Sabtu, Ogos 19, 2006

Satu azam dari diri yang sepi

Ini satu azam dari diri yang sepi.
Ya! Sepi. Kerana diri ini ditinggal sunyi. Hati Jadi sepi.

Jadi? Apa yang harus saya lakukan? Membiarkan diri di tiup badai dan gelombang hidup dan masapun berlari meninggalkan saya? Tidak! Saya harus biarkan sepi dan sendiri tiu berlalu pergi. BIARKAN! Sekarang saya harus bangkit, berdiri dan berlari. Saya mahu kejayaan sebagai bukti.

Ini satu azam dari diri yang sepi.
Saya harus terus berlari. Saya ada cita-cita yang saya mahu daki. Saya ada impian yang mahu saya gali. Saya ada kejayaan yang mahu saya kejar sebagai bukti.

Saya mahu buang semua yang telah lepas. Saya mahu tinggalkan semua sekali. Biarlah saya seorang diri. Biarlah saya berteman sepi dan sunyi.Saya mahu daki cita-cita, mahu gali impian, berdiri dan berlari. Saya mahu kejayaan sebagai bukti.

Ini satu azam dari diri yang sepi.
Saya mahu kejayaan sebagai bukti.


(Buanglah sepi. Pergilah sunyi. Aku mahu terus berlari. Hari ini menjadi saksi)

Taman Melawati
18 Ogos 2006


P/S: Suatu prolog? Oh! Tidak. Suatu kenyataan!

Rabu, Ogos 16, 2006

Macam-macam hal!

Dah lama tak post! Sibukkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

PM lancar kenderaan guna teknologi air ganti minyak
JOHOR BAHRU 15 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan dua model kenderaan utiliti lasak (SUV) jenis LMG menggunakan teknologi hydroxene yang membolehkan petrol dikurangkan sebanyak 50 peratus dengan penggunaan air.Teknologi ciptaan saintis tempatan itu yang mengambil masa enam tahun untuk dibangunkan juga boleh diguna pakai pada kenderaan lain selain LMG, hanya dengan mengubahsuai dan menambah sebuah tangki air selain tangki petrol sedia ada.

Klik sini
*Lepas ni, air pula naik melambung!


Gubra ulangi kejayaan Sepet
“Saya sebenarnya terperanjat atas kemenangan ini. Saya tidak sangka Gubra akan menang. Tetapi saya tahu ibu bapa saya banyak berdoa untuk saya dan rajin berpuasa setiap kali filem-filem saya dipertandingkan,’’ kata Yasmin sewaktu ditemui sejurus berakhirnya FFM19 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Klik sini
* err...I Sound Stupid If I Speak Malay, and If bikin filem Mencemarkan Budaya Lets Make More Films..



Cubaan curi ATM guna jengkaut gagal

KUALA TERENGGANU: Pelbagai cara digunakan penjenayah untuk mencuri mesin juruwang automatik (ATM). Terbaru ialah menggunakan jengkaut dalam cubaan menarik dua mesin ATM di sebuah bank di Jalan Pejabat di sini, awal pagi semalam. Dua lelaki bertopi keledar serta bertopeng ala Zorro, dipercayai mencuri sebuah jengkaut berhampiran bank berkenaan dan menggunakan tali bagi merentap keluar mesin ATM yang dianggar mengandungi wang tunai kira-kira RM300,000 itu.Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila jengkaut tersangkut pada siling menyebabkan mereka panik dan melarikan diri. Kejadian itu menyebabkan kerosakan pada siling serta pintu bank.
Klik sini
*mahu cari kerja senang, inilah padahnya!


Ada mahkamah tumpang rumah kedai

KOTA BHARU 15 Ogos – Kerajaan akan berusaha memastikan semua mahkamah di negara ini beroperasi di premis sendiri yang lengkap dan sempurna kelak, sejajar dengan taraf dan peranannya.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, banyak aduan diterima berhubung kedudukan bangunan mahkamah yang tidak lagi sesuai termasuk menumpang di rumah kedai dan pejabat majlis daerah.

‘‘Perkara tersebut sudah tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai tempat mendapat keadilan, mahkamah seharusnya mempunyai bangunan terasing dan tersergam.

‘‘Kita sedang berusaha untuk memastikan semua mahkamah mendapat bangunannya sendiri sesuai dengan peranan dan tanggungjawab penting yang dimain olehnya,’’ katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini, hari ini.
Klik sini
*Terima kasih Pak Menteri, kerana bagitau. Tak tau pun!


Rasanya cukup kot, buat sementara ini. Nak letak banyak-banyak buat sakit hati pula!

Jumaat, Ogos 04, 2006

Tentang Yahudi - Akhir

Mengapa Yahudi Ditindas?
Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.


Penutup
Janji Allah akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya


TAMAT

Tentang Yahudi 6

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam
Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka.

Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.

2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.

3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.

4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.

5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.

6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.

7. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.

8. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.

9. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919. Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.


Bersambung...

Tentang Yahudi 5

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam
Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu.

Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu.


Bersambung...

Tentang Yahudi 4

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan
Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Musa sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."


Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Bersambung...

Tentang Yahudi 3

Bangsa Yahudi (Israel) adalah dari keturunan Nabi Yaakub dimana Nabi Yaakub telah dikurniakan seramai 12 org anak yang akhirnya menjadi 12 bangsa Israel atau Bani Israel. Ini termasuklah Nabi Yusuf dan Saudaranya Bunyamin (Benjamin)

Bagi lebih menjelaskan tentang Yahudi (Israel) yang melakukan massacre dimuka bumi ALLAH di akhir zaman ini, kita kena lihat salasilah keturunan yang bermula dari Nabi Nuh. Selepas berlaku Banjir Besar, Nabi Nuh dikurniakan 3 orang anak iaitu Sam (Shem), Ham (Hem) dan Yafeth (Japheth)

Daripada keturunan Sam (Shem), lahirlah Nabi Ibrahim hinggalah ke Nabi Yaakub. Manakala dari keturunan Ham (Hem), lahirlah keturunan yang berkulit gelap (Africian). Dan dari keturunan Yafeth (Japheth), keturunannya terdiri dr Bangsa yang berkulit cerah (sperti bangsa China, Jepun dan Eropah Timur)

Bangsa Yahudi yang banyak dihina seperti yang dijelaskan dalam bahagian pertama. Banyak pendapat mengatakan terdiri dari 10 keturunan dari Nabi Yaakub (Bukan dari keturunan Nabi Yusuf dan Bunyamin @ Benjamin)

Untuk pengetahuan pembaca, bangsa Yahudi (Israel) yang mendalangi keganasan sedunia kini bukanlah dari bangsa asal (asli) dari keturunan Israel, tetapi dari keturunan Yafeth (Japheth). Sukar untuk dipercayai!? Tapi itulah sejarah yang telah tertulis.. Ayat yang sangat 'POPULAR' pada bangsa Yafeth (Japheth) ini ialah ~for Japheth was (ultimately) to dwell in the tents of Shem, and therefore to take part in Shem's spiritual privileges.(Untuk Bangsa Yafeth (Japheth), mereka akan memenuhi (mengetuai) Khemah-khemah anak-anak Sam (Shem), Dan mereka mengambil-alih kedudukan mereka (Bangsa Shem) tersebut).

Siapa dia Bangsa Yafeth ini? Mengapa mereka mampu mengambil alih kedudukan Bangsa Sam? Yafeth adalah bangsa yang (selepas banjir besar) mengembara menuju ke timur (China dan Eropah Timur - Zaman itu, nama negara belum wujud lagi)

Bangsa Yafeth merupakan Bangsa yang kuat mengembara dan daya Survivor mereka adalah yang tertinggi. Sikap mereka yang sedemikian telah membentuk peribadi yang ganas, bersikap penakhluk dan kejam.

Dan pasti anda sukar untuk percaya bahawa dari keturunan Yafeth inilah, lahirnya Magog (Ma'juj) yang ALLAH izinkan bangsa ini melakukan kezaliman paling kejam di akhir zaman ini.


Bersambung....

Tentang Yahudi 2

Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.

Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa.

Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV dalam tahun 1394.

Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.

Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu.

Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.

Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu.

Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom', iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.

Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar.

Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi'.

Tentang Yahudi 1

Entri ini dan entri berikutnya ialah tentang Yahudi. Mungkin antara kita tidak jelas dengan kewujudan mereka dan peranan mereka menguasai dunia. Saya tidak ingat dari mana sumbernya. Jika pemiliknya ada membaca, izinkan saya post di entri ini. Oleh kerana ia (agak) panjang, maka saya pecahkan ia kepada beberapa bahagian. Harapan saya agar kita dapat mengambil iktibar diatas apa yang ada, moga menjadi tanda ingatan buat semua.

Asal Usul Yahudi

Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. Antara ceritanya adalah Wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi.


Asal-usul kaum yang laknat
Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi. Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.

Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identiti mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948.

Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.


Bersambung...

Rabu, Ogos 02, 2006

Berhati-hatilah wahai blogger sekalian

Pagi tadi, perut saya berkeroncong supaya minta diisi lebih awal. Matahari masih belum lagi terik memancar. Jam baru melewati angka 11. Lalu saya bergegas ke kedai mamak, kerana itu sahaja yang terdekat. Saya melepasi sebuah kedai buku apabila mata saya tiba-tiba terpandang tajuk akhbar The Star hari ini. Segera saya berpaling untuk free reading. Saya tak beli, cuma baca tajuk dan berita hadapan. Untuk semua blogger yang baca entri ini, ada berita penting untuk anda. Bacalah!




PM: Those who spread untruths on the Net will be detained


KUALA TERENGGANU: The Prime Minister has issued a warning – those who spread untruths and slander on the Internet will face the law.

If information in blogs, websites and online portals were incorrect, bordered on slander, caused disturbance or compelled the public to lose faith in the nation’s economic policies, their authors would be detained for investigation, said Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“We cannot allow such matters to flow through uncontrolled,” he told newsmen after attending a briefing on the proposed Islamic Civilisation Park in Pulau Wan Man here.


“They say all kinds of things, make all kinds of dubious claims. We cannot allow them to abuse the freedom earned under the media. If left alone, they can say or pass on all kinds of things.”

Abdullah also said that those who sent out such information via short message system (SMS) would also be held accountable.

“If they abuse the freedom – more than the present freedom given without any restriction – we cannot allow it,” he declared.

“Where in the world is there such a freedom, where one can freely spread incorrect information and slander without having to own up to it?”

Asked if he was calling for a control mechanism, Abdullah said he would leave it to the police to investigate first.

It was reported recently that the Internal Security Ministry was investigating several online sites following a string of misreporting that caused tension and confusion among Internet users.

Bacaaan lanjut di The Star
Panjang lagi sebenarnya...yang lain tu tak penting.

Rakyat Malaysia yang prihatin

Tajuk entri diatas bukannya atas keprihatinan rakyat Malaysia menderma wang ringgit dan pakaian untuk mangsa tsunami yang mencurah-curah hingga dibuang begitu sahaja. Juga bukan kerana prihatin mereka memprotes kekejaman Israel di KLCC hingga nampak ketara kewujudan dua mazhab berbeza dari dua parti utamanya. Juga bukan prihatin atas kes Lina Joy, bekalan gula kurang, bil elektrik naik, petrol naik...hingga menyebabkan darah turut naik.

Bukan itu. Bukan.

Ini tentang rakyat Malaysia yang prihatin di atas jalanraya. Saya pernah dengar dulu ada Mat Salleh kata, rakyat Malaysia bila dapat stereng kereta terus jadi kurang ajar. Ya. Tetapi mereka bukan setakat kurang ajar, tetapi turut prihatin. Prihatin kerana bila ada sahaja kemalangan, maka mereka prihatin untuk menjadi orang yang tolong tengok, tolong terkejut, tolong maki hanum dan tolong sumpah seranah. Prihatin bukan? Akibatnya, jalanraya akan sesak buat beberapa km dan tersangkutlah diatas jalan beberapa jam. Dua-dua hala pula tu. Suka sangat tolong tengok, bukan dapat apa-apa pun, malah menyesakkan jalan. Kereta merangkak-rangkak dan bersesak-sesak. Itu belum lagi tukang tarik yang prihatin mendekati si mangsa untuk bermurah hati menolong tarik keretanya. Prihatinnya membawa ke bengkel hingga menyebabkan si mangsa terkesima bila mendapat bil!

Saya selalu juga tersangkut dalam keadaan begini, menjadi mangsa tersangkut dalam kesesakan. Rakyat Malaysia yang prihatin ini akan memperlahankan kereta melihat apa yang berlaku, padahal cuma tinggal kereta sahaja di tepi jalan, atau kadang kadang cuma polis sahaja yang ada menjaga trafik. Saya kadangkala geram juga. Bila berkeadaan begini dan bila melewati kawasan kemalangan, saya akan turut memperlahankan kereta, untuk membalas kerugian masa saya kepada orang belakang. Dan untuk mengajar mereka supaya jangan perlahankan kereta semata-mata untuk melihat kemalangan. Prihatin biarlah bertempat!

Selasa, Ogos 01, 2006

Jalan-jalan mencari buku

Ahad lalu saya mencuri masa mencari buku di DBP. Awalnya saya singgah sebentar di pejabat, melihat orang shooting - guna pejabat saya untuk shooting. Mujurlah satu babak dan memakan masa satu jam sahaja. Jadi saya merasa lega dan dapatlah saya lari. Lari kerana tidak mahu menampakkan muka di pejabat. Bos kalau nampak batang hidung saya, akan adalah benda yang dia nak bualkan. Bukan tanya pasal kerja pun, sekadar berbual bual. Saya malas mahu layan sangat, kerana bual-bual kosong begitu sekadar buang masa saya.

Saya tak tahu mahu cari buku apa, tapi saya mahu beli buku. Hajat mahu cari karya Pak Samad. Bila saya ke MPH, saya ada terjumpa beberapa karya barunya. Tapi saya tak ingat judulnya. Yang saya tahu bukunya tebal. Ada dua tiga karyanya yang tebal, tetapi bukan terbitan terkini.

Hampir dua tiga bulan tidak kesini. Awal tahun, bila saya berguru di PPM, selalu singgah mencuci mata dengan buku, walaupun tidak membeli. Bila masuk, ada promosi teater Wangi Jadi saksi. Ada persembahan jam 3. Saya mengira kantung, perut yang berkeroncong dan janji dengan teman. Tak apalah, lain kali sahaja, memandangkan saya sudah beli tiket Teater Muzikal PGL (tontonan kali kedua-kali ini bawa teman kerana mahu paksa dia belajar tengok teater dan tahu apa itu Istana Budaya).

Susun atur kedai buku agak menarik. Mungkin kerana sudah lama tidak kesini. Tetapi saya hampa, selepas berpusing dan membelek hampir satu jam, hajat tidak kesampaian. Lalu saya kebahagian buku murah-yang ada potongan, tempat yang biasa saya pergi. Ada karya Za'ba "Perangai bergantung kepada diri sendiri" dengan potongan 40%. Harganya? RM3.30 selepas diskaun. Sedih juga buku karya Pendita Bahasa dijual semurah itu. Saya beli kerana merasakan saya perlu beli.

Saya beli beberapa buku bagi mengubati kekecewaan kerana tidak dapat mencari buku Pak Samad. Kalau begini, lebih baik saya cari di MPH sahaja, tak lah penat saya membuang masa disini. Tambahan pula, saya rasa ada banyak lagi buku terbitan DBP yang tiada disini. Pelik juga.

Saya simpan hajat itu bulan depan. Sudah lama saya berkeinginan berkampung di MPH Mid Valley yang besar, duduk membelek buku di Kinokuniya KLCC atau berlegar-legar di Pustaka Indonesia Wisma Yakin yang saya dengar sudah berubah wajah dan rupa. Kadangkala saya tak tahu buku apa yang saya cari. Bila duduk-duduk begitu, akan adalah keinginannya nanti.

Masalahnya, saya tak tahu bila kesempatan itu hadir!

Kerja...kerja...kerja...

Saat ini saya menahan kantuk mata semata-mata mahu memastikan saya boleh mengakses kepada internet sambil menunggu subuh. Ada dua perkara penting sebenarnya. Pertama, waktu begini, capaiannya laju kerana penggila internet masih dibuai mimpi. Kedua, kerana siang saya tidak berkesempatan langsung mengupdate blog dan mengosongkan kantung e-mel. Bayangkan, semalam saya berbuka dengan segelas air. Jam 10 baru dapat makan nasi. Terus saya tidur kerana terlalu penat dan Isyak jam 4 tadi. Bayangkan kerja saya! Itupun kata saya buat kerja main-main dan tak buat kerja!

Buat kerja orang lain, kerja sendiri tak siapa buat. Saya diam sahaja. Jangan sampai saya melenting dah tepuk meja nanti...


P/s: Bos mana nampak kita buat kerja. Dia datang pejabat pun sekali sekala.

Kena lagi

Saya memandu pulang ke pejabat tanpa menyedari ada satu 'kertas merah' terselit pada wiper.

Sebaik sahaja memakr, saya terus mencapainya. Saya senyum sekilas sambil menjeling pada penguatkuasa MPAJ yang sedang sibuk merakam nomboor pendaftaran kereta ang degil tidak membayar 'cukai letak kereta.'

Dalam hati membuak marah kerana saya telahpun membeli pas bulanan berharga RM60.00. Dengan sinis saya menunjukkan 'kertas merah' itu kepada penguatkuasa tersebut.

"Aik, ada sticker parking pun kena kompaun juga ke?" kata saya sambul menunjukkan resit kompaun kepadanya.

"Ini parking luar kotak cik!" jawabnya ringkas sambil berlalu pergi.

"Hah!" saya terus membelek kesalahan.

"Cess! Kurang asam sungguh."

Saya terus campak resit kompaun itu kedalam kereta tanpa memandang kearah penguatkausa tersebut. Dalam hati habis segala sumpah seranah keluar.

Barulah saya tahu, kompaun bukan setakat tak bayar parking, tapi parking tak masuk petak juga. Hmmm...kalau dah nak kompaun tu, segala benda dia periksa!


P/s: Tiga kali dah kena kompaun. Aduss!!