Jumaat, Jun 18, 2010

Buat sahabat

Terbaca ini dalam status seorang teman FB:  

"Anakku, jika engkau ingin menjadikan seseorang sebagai sahabat, maka pancinglah kemarahannya terlebih dahulu. Jika dia boleh mengawal marah ; jadikanlah dia sahabat. Namun jika tidak, maka jauhilah dia. (Luqman Al-Hakim) 

Jadi, benarlah saya ini seorang sahabat yang gagal kerana tidak berhasil memancing kemarahan seorang sahabat. Lebih berat lagi, saya gagal mendidiknya dengan baik tentang solat dan aurat. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku ini kerana tidak berupaya menjalankan tugas sebagai khalifahMu.

Saya mahu meninggalkan dia dengan dua pesanan yang sama seperti mereka yang pergi sebelum ini: jaga aurat, jaga solat.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan bersedih, Norziati. Dakwah itu menyampaikan yang benar. Hidayah dari Allah, hanya Allah yang boleh merubah manusia. Teruskan usaha anda.

teman

Norziati Mohd Rosman berkata...

Terima kasih teman