Ahad, Julai 04, 2010

Piala Dunia - Pendek Sahaja


1) Jerman suka dengan angka empat (agaknya). Pada perlawanan peringkat kumpulan, mereka menewaskan Australia dengan empat gol. Ketika peringkat kalah mati pusingan 16 pasukan, menewaskan England 4-1.  Di suku akhir mereka memalukan pasukan Maradona, Argentina dengan empat gol tanpa balas.

2) Jurulatih hebat belum tentu  menjadikan pasukannya hebat. Dunga memenangi Piala Dunia sebagai ketua pasukan Brazil pada 1994 tetapi sebagai jurulatih kali ini dia tewas. Maradona memenangi Piala Dunia bersama Argentina pada 1978 tetapi cubaan pertama sebagai jurulatih Argentina belum berjaya.

3) Tuhan kata jangan berlagak, bercakap besar, angkuh dan tingi diri. Messi, Robonho. Rooney, Ronaldo semua dihantar pulang lebih awal kerana sering tidak berjejak bumi.
4) Memiliki seorang sahaja pemain bagus, yang bertaraf bintang sebenarnya tidak elok. England dengan Rooney. Argentina dengan Messi. Perancis dengan Henry. Portugal dengan Ronaldo. Ivory Coast dengan Drogba. 

5) Jerman awasnya cemas dengan ketiadaan Ballack yang patah kaki diterjah Kevin-Prince Boateng dalam Bundesliga siri akhir. Namun begitu, ia bawa rahmat kepada pasukan. Muncul beberapa nama yang tidak pernah di dengar sebelum ini yang jadi memusnah pasukan lain. Ozil, Khedira, Mueller mula jadi sebutan peminat. Ini ditambah lagi pemain berstats veteran seperti Klose, Podolski juga Lahm. Jadi, masa depan bola sepak Jerman sangat cerah dengan kehadiran pemain muda.  


6) Beraksi dalam liga mewah dan ternama seperti EPL, La Liga dan Liga Itali bukanlah tiket utama kejayaan. Klose cuma main bersama pasukan tempatan dalam Bundesliga.  Pun begitu, dia menjadi ayam tambatan Jeman untuk tiga siri WC berturut-turut.

3 ulasan:

as berkata...

Jerman bermain taktikal, sangat patuh pada perancangan.
Di semua tempat mereka kemas. Termasuk di bahagian pertahanan, kerana itu Messi begitu hampa.
Set piece yg mereka buat, adalah formula yang sama di mana-mana perlawanan bola sepak, tetapi pertahanan Argentina masih lakukan kesilapan yang sama, penjaga gol terpaksa bekerja keras.
Separuh masa kedua, Jerman telah menunjukkan yang Argentina itu, bukanlah apa-apa pun.
Kerana dalam perlawan bola, kerjasama berpasukan paling penting, seperti apa yang Hasan Sani katakan dalam iklan Maxis.
Peranan coach begitu terserlah hari ini, ditangan Jaochin Lowe.

Go Podolski, Klose, Olzin, Kaldeira, semua, termasuk barisan tengah yang gagah perkasa.

Congrate kepada Joachin, coach paling hensem di WC2010

srirahayumohdyusop berkata...

Salam Norziati,

Tahniah menang HSKU 2009 dengan Dayung Masih di Tangan.

Norziati Mohd Rosman berkata...

As > wah, boleh ganti Hasbullah Awang untuk edisi 2014

Kak Sri, terima kasih kembali. Jumpa 9hb nanti!