Khamis, Ogos 12, 2010

Sahur

Bangun sahur pada bulan puasa sangat tidak digemari kebanyakan insan. Ketika kecil, kami adik beradik tidak pernah fikir ia satu kesusahan, paksaan, penyesalan, ketidakadilan. Tidak pernah. Kami menganggap ia sebagai satu kewajipan bagi memberi tenaga berpuasa pada jam berikutnya. Tiada perasaan malas. Tiada rasa mengeluh. Emak memasak ala kadar, biarpun telur mata, juga memanaskan hidangan berbuka. Pasti ada nasi yang panas berwap-wap dipinggan. Itu sudah memadai untuk kami jamah. Tidak pernah ada rasa mahu 'skip'sahur. Hanya selepas bercampur gaul dengan teman-teman diasrama, barulah saya tahu yang sahur itu bukanlah satu kewajipan bagi mereka. Alasannya - malas bangun, tak boleh makan pagi, mengantuk atau paling dangkal, tak mahu bangun pagi. Oh, alangkah! Sedangkan Nabi sendiri menggalakkan kita bersahur. Malah ia membezakan antara puasa orang Islam dan yang bukan Islam. Indah hikmahnya, bukan?

1 ulasan:

Mila@Rimbun berkata...

bagi akak, sahur ni mmg satu kewajipan.. unless betul2 tak sedar. samalah dengan zeti, maybe ajaran mak n ayah sejak kecik kut