Rabu, September 08, 2010

Ini adalah sebuah dunia

Ketika membuat kajian terhadap Perang Vietnam untuk dijadikan bahan novel, saya menemui banyak fakta yang bercanggah dengan apa yang biasa kita dengar. Masa kecil dahulu malah, kita (saya) sering disogokkan dengan drama bersiri berkisar perang bertema propaganda Amerika terhadap Perang Vietnam. Paling popular ialah Nam Tour Of Duty yang di taja siarannya oleh sebuah syarikat rokok yang sudah bungkus. Walau pun satu dunia tahu sebenarnya Amerika KALAH di Vietnam, tetap juga dalam drama, filem, lagu, dokumentari menyatakan mereka adalah hero. Munafik sungguh.

Sangat sukar bagi mereka mengaku ketewasan dan sikap pengecut yang terzahir sehingga mahu memutar pemikiran masyarakat dunia dengan apa cara sekalipun. Tunggulah sahaja nanti bila mereka menukar pula silibus sejarah di sekolah dan kolej seperti mana kerajaan Malaya menggugurkan silibus para pejuang yang dilabel berhaluan kiri dan perjuangan para ulama dari buku teks sejarah sekolah. Mereka dilabel buruk dan tidak diendahkan. Hanya para 'pejuang' yang tidak bersenjata, yang bersengkol dengan kerajaan Inggeris, berbaik-baik dengan orang putih, menjadi yes sir di pejabat, di naikkan taraf dan di agungkan jasa kebaktian mereka.

Lama-lama saya faham, semua ini dibolak balikkan oleh satu perkataan. POLITIK. Ia bisa mengubah putaran jam, menukar perempuan menjadi laki-laki dan membuatkan ayam boleh bertutur bahasa Melayu. Kalaulah ia punya kuasa ajaib, sudah tentu mereka mahu matahari itu terbit dari barat dan terbenam di timur. Atau kalau boleh tidak perlu terbenam langsung.

Ya, dunia ini ada macam-macam bicaranya. Hanya pada mereka yang mengerti, yang mencari, yang meneliti akan faham ramai manusia hidup bertopeng dan selesa menjadi badut. Hanya kerana tidak mahu menampakkan keaiban dan menurunkan keegoan. Ya, dunia!

3 ulasan:

adi berkata...

selain POLITIK, percaturan tangan-tangan ghaib dalam menghasilkan mind control. Masih ingatkah kita tentang perasaan benci terhadap tentera NAZI dan Hitler khususnya, yang disogok oleh filem-filem barat sewaktu kita kecil dulu.. dan masih ingatkah kita tentang bertapa hebatnya HERCULIS yang gagah perkasa yang ditonjolkan dalam cerita di tv [http://en.wikipedia.org/wiki/Hercules_(1983_film)], walhal dia sebenarnya takut untuk terima Islam kerana takut jatuh pangkat dan kekayaannya.

ASaL berkata...

seingat saya, dlm buku Da Vinci Code, kata Prof. Langdon, sejarah itu ditulis oleh mereka yang menang. Merujuk kepada peristiwa council of Nacea yang pertama kali menaik taraf Nabi Isa sebagai Tuhan. Tujuan dibuat begitu kerana penguasa (baca: Rome) mahu mengekalkan keamanan antara agama pagan dan agama Nasrani.

membaca teks Zeti, saya membuat pengamatan satu lagi. Sejarah selain ditulis oleh mereka yang menang (baca: politik), sejarah juga ditulis oleh mereka yang menguasai media (cth: Zionis Yahudi). Selagi kekuatan (stronghold) ini tidak dipecahkan, umat Islam sendiri akan jadi umat Islam yg keliru kerana gagal berpihak akibat dari pengaruh media.

kesimpulan: utk membolehkan kita menjunjung Islam dan segala prinsip, kenalah ada KUASA dan MEDIA.
seperti Nabi menubuhkan kerajaan pertama di Madinah.
dan Al Quran sebagai media paling ampuh yang tidak dapat dilawan oleh mana-mana penyair Arab paling fasih pun waktu itu.

wallahu a'lam. Selamat Hari Raya.

Norziati Mohd Rosman berkata...

Kesimpulannya : siapa yang punya kuasa maka dia akan berkuasa dan menguasai.

Sampai bila kita mahu membiarkan pihak lain menguasai? Mahu menunggu Imam Mahdi datang?