Rabu, Oktober 27, 2010

Duit

Saya teringat anak kecil ini. Sewaktu meredah macet di Jakarta penghujung November lalu, anak-anak kecil dalam lingkungan sembilan hingga belasan tahun bersepahan di kiri kanan jalan. Sebaik sahaj lampu trafik berwarna mera, mereka segera mengerumuni kereta. Seorang satu. Tiada yang kongsi. Mereka menyanyi. Entah lagu apa tidak kedengaran. Bagi yang baik hati, mereka membuka cermin, mendengar alunan lagu dendangan mereka dan menghulurkan syiling yang tersisa dalam kereta. Apalah sangat pada syiling berharga seratus dan dua ratus rupiah. Mungkin satu dua sen pada kita, yang kita buang dan tidak gunakan. Mereka anggap ia emas, rezeki, sepinggan nasi atau penyambung nyawa.

Wajah-wajah anak ini tiada riak gembira atau duka. sebaik lampu merah, mereka segera mengejar. Bila bertukar hijau, mereka berundur mencari tempat duduk, berehat dibawah pokok, mengira wang yang diterima atau berbual-bual dengan teman perihal pemandu yang mereka temui. Jika mereka merapati dan kita tidak terasa mahu melayan, sekadar menolak pergi dengan tangan atau menggelengkan kepala sudah memadai untuk mereka berundur dari kereta.

Mereka tidak memaksa. Mereka ikhlas. Suara mereka itulah harta yang ada. Sekadar bertepuk tangan atau menggunakan gitar kecil. Mungkin mengumpul duit membeli gitar lebih besar menjelang dewasa supaya lebih mudah mencari rezeki dilapangan dewasa.

Wajah mereka kusah, letih, kulitnya gelap tetapi mereka berusaha, bukan sekadar meminta-minta biarpun sekadar menggunakan suara.

Tiada ulasan: