Jumaat, Disember 31, 2010

Akhir tahun masihi 2010

Alhamdulillah, tiba pada penghujung tahun masihi 2010. Saya sudah menerima - percuma - dua diari / planner dah sudah pun menanda jadual untuk Januari yang padat. Kedua-duanya berwarna merah.

Dan 2010 menyimpulkan seluruh ketakutan saya kepada semalam, kepada kenangan. Ketakutan yang menjadikan saya takut berhadapan hari esok. Saya sendirilah yang menjadikan diri ini seorang yang penakut!

Semoga lembaran 2011 menghanyutkan semua ketakutan itu, membawa diri ke perjalanan yang lebih memaknakan.

Selamat tahun baru kepada kalian yang singgah dan hinggap di blog ini.

Tiada ulasan: