Isnin, Disember 06, 2010

Hijrah dan ulang tahun ke-5 (opss 6!)

Blog ini sudah berusia lima enam tahun tatkala saya lahirkannya pada satu Muharam 1427. Betapa cepatnya masa berlalu, betapa jauhnya jarak perjalanan sepanjang lima enam tahun itu. Ia telah melahirkan apa yang saya ada kini. Perubahan perlahan-lahan dapat dilihat pada gaya tulisan, idea (kalau ada), topik dan tema. Perubahan yang boleh dikatakan langkah-langkah ke arah kedewasaan, menuju kematangan, mengorak keupayaan merentasi jalur kehidupan.

Salam ma'al Hijrah 1432 kepada semua pengikut blog, pembaca senyap, teman yang selalu singgah, pengunjung yang tersesat, pengkritik yang sudi menurunkan komen dan sesiapa sahaja yang sudi mampir.

4 ulasan:

ila nursalida berkata...

slmt ulang tahun blog!hanya bloggers merasainya

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kita sebaya rupanya. Maksud saya usia blog. Haha!

Norziati Mohd Rosman berkata...

Ila,
Hidup blogger!

Norziati Mohd Rosman berkata...

Tuan BP,
Wow! Terima kasih sudi mampir!
Selamat ulang tahun juga. Kalau ada anak, sudah boleh main tembak-tembak!