Selasa, Disember 28, 2010

Jangan berhenti mencari

Hari ini dua kali blog Kisah Seribu Teladan di tujah oleh kesahihan fakta dan kebenaran. Saya tidak mahu mendebatkan soalan mereka, tidak mahu terlibat dalam soal-jawab yang  yang nampaknya berunsur provokasi. Malah saya tidak malu mengatakan yang saya tidak tahu apa yang harus saya perkatakan dan tidak tahu untuk memperdebatkan apa. Apa yang saya ada, apa yang saya tuliskan ada kalanya berunsur perkongsian dan pendapat yang bertujuan mengeluarkan persoalan dari dalam diri.

Lalu saya memilih untuk menasihati mereka, kerana anak-anak muda ini nampaknya cepat sahaja panas untuk melompat sebelum memenuhkan ilmu di dada. Nasihat saya:
Kebenaran hanya akan diperolehi oleh mereka yang mencari. Dalam pencarian itu kita akan menemui pelbagai pertelagahan, perdebatan yang mengelirukan dan mendukacitakan. Tetapi jangan kita sesekali putus asa meneroka ruang ilmu. Sentiasalah membuka hati untuk menerima apa-apa pandangan kerana ia lebih mencambahkan minda kita terhadap ilmu. Maksudnya, kalau kita tak faham, lebihkan bertanya dan mencari. InsyaAllah, kita akan dapat jawapan, bukan dengan mempertikaikan mengapa dan kenapa sebelum tiba masanya.
Jalan masih panjang untuk mencari ilmu. Janganlah taksub kepada satu dua pandangan atau satu dua pegangan sehingga menidakkan yang lain. 
Jangan berhenti mencari. Selamat menggali ilmu!

1 ulasan:

CERITAKUASN berkata...

jom gali lubang!!