Rabu, Januari 26, 2011

Filem: Alangkah Lucunya (Negeri Ini)

Sekiranya tidak ketawa pada babak serius atau membeliakkan mata pada babak lucu, maka anda memang tidak pandai membaca lambang dan simbol yang bersepah-sepah dalam setiap babak. Tidak perlu berlawak. tidak perlu skrip yang menggeletek. Cukuplah menjentik sikap-sikap orang sebelah menyebelah atau kelakuan sendiri atau perangai manusia sekeliling. Semuanya itu adalah ramuan yang cukup bagi membikin sebuah filem yang sungguh bermakna.

Alangkah Lucunya (Negeri Ini) sangat menghiburkan. Tidak perlu tempelan pelakon perempuan tidak cukup kain. Tidak perlu adengan hantu hisap darah. Tidak perlu bantuan mat rempit dan minah motor. Tidak perlu adengan bergolek-golek bergumbira di taman. Tidak memerlukan hero menyelamatkan dunia pada babak akhir.

Semua pelakon dalam filem ini adalah hantu, hero dan heroin. Mereka menghidupkan lakonan dengan sangat berkesan. Di mana boleh saya tonton filem serupa ini di tanah kelahiran saya yang tercinta?

Jangan tanya dari mana filem ini boleh di dapati. Zaman internet ini, semuanya percuma!


Terima kasih kepada Ali yang mengusulkan filem ini.

5 ulasan:

ila nursalida berkata...

setuju!jalan cerita bagus...
kak, kalau ade cerita2 lain yang menarik kongsikan denagn saye k...

Norziati Mohd Rosman berkata...

Ila,
Ya, InsyaAllah :-)

Tanpa Nama berkata...

verrry lite ceritanya, not impress..sorry

Norziati Mohd Rosman berkata...

Encik Tanpa Nama,
Tak impress tak apa. Maka pengarah dan penulis skripnya syok sendirilah tu

Irfan berkata...

Filem ni sgt bagus. Mengingatkan saya kisah pemuda mesir yg membakar diri sehingga tercetusnya revolusi arab spring baru2 ni