Ahad, Mac 27, 2011

Hidup bukan untuk berani mati

Memikirkan kejadian berani mati di KB Mall tempohari, lantas teringat akan nasihat seorang teman: 'kita ini ibarat duit lima puluh sen di sebuah padang pasir yang tandus. Kita tidak ada sesiapa. Hanya Tuhan'. Dari situ saya sedar, sebaik mana kita dengan kawan, dengan jiran, dengan saudara mara, dengan kekasih, dengan suami, dengan isteri, jangan sesekali melampaui kasih kita kepada Tuhan. Sekuat mana cinta dan kasih kita sesama manusia, janganlah kita ketepikan rasa cinta dan kasih kita kepada Allah Yang Maha Berhak atas segala-galanya.

Untunglah saya sudah memegang hakikat kepercayaan kepada Allah ini sejak disedarkan akan kata-kata itu walaupun ada yang tidak percaya. Tetapi begitulah hakikatnya. Kita sudah terlalu syok dan asyik sesama manusia yang tidak ada lebih dan kurang sifatnya, yang sama beremosi seperti kita, yang sama lemahnya sebagaimana kita. Lalu kepada makhluk serupa ini kita bergantung dan bersandar?

Kata teman itu lagi, bayangkanlah pasangan suami isteri yang saling percaya mempercayai, cinta mencintai, kasih mengasihani, suatu hari ditimpa kecelakaan. Si suami meninggal dunia. Bayangkan sahaja bagaimana perasaan si isteri. Selalu kita dengar berita si isteri meratap menghiba kehilangan tempat bergantung, tidak tahu bagaimana mencari rezeki untuk anak yang dtinggalkan lalu hilang punca meneruskan hidup. Maka bertambahlah fail di pusat kebajikan. Dia seperti sudah kehilangan Tuhan tatkala terlalu bersandarkan kepada manusia. Begitulah juga dengan sepasang kekasih yang ditinggalkan, yang seperti merasa langit runtuh dihadapan serta merta dan kiamat pun hadir dengan tiba-tiba.


Usahlah terlalu percaya dan terlalu bergantung sesama manusia. Mereka manusia seperti kita. Apa sahaja yang berlaku antara kita dengan mereka (i.e terrrrrlalu kasihkan mereka) akan menyebabkan kita patah semangat, kecewa, duka, nestapa. Jadkanlah tuhan sebagai sandaran. Percayalah Tuhan sepenuh hati. Percaya kepada Tuhan. Percaya kepada Allah. Jangan berburuk sangka kepadaNya. Sentiasa ingat (zikir) tanpa sedikit pun ragu akan kekuasaannya terhadap kita.

Allahumma ini as-aluka ridhaaka wal jannah.
Ya Allah, aku mohon redha-Mu dan syurga-Mu. Amin

2 ulasan:

Wan A. Rafar berkata...

Dalam usul dakwah tabligh,kita memang dilatih supaya tidak berharap dan bergantung kepada makhluk. Makhluk juga lemah. Mereka juga bergantung kepada Allah. Maka bergantunglah pada Allah. Allahlah yang akan selesaikan segala masalah kita, bukan makhluk. Makhluk tidak dapat buat apa-apa tanpa izin Allah.

Norziati Mohd Rosman berkata...

Sangat setuju Pan Wan. Hanya kita yang sering lupa dan keliru. Ramai diseriang penyakit derita akibat terlalu bergantung kepada manusia