Selasa, Mei 03, 2011

Ok, Osama dah mati, jadi?


Wajah Osama yang di super-imposekan

Akhbar hari ini , di Malaya, kecoh di muka hadapannya berita kematian Osama bin Laden. Tidak pasti mereka suka atau duka. Laporan berita sekadar di terjemah dari AP dan Reuters. Dan PM Najib turut sama bersuara, mengatakan yang kematian Obama itu akan memulihkan imej Islam di mata dunia (sebenarnya di mata Amerika)

Sumber di Utusan berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Apa yang menyedihkan, jenazah Osama dikuburkan di laut dengan alasan untuk mengelak kuburnya dijadikan tempat pemujaan oleh golongan ekstrim. Tetapi sebelum itu Obama sudah berkata yang tentera AS sudah mengambil mayat Osama dari tempat kejadian dan berjanji pengendalian mayat itu akan menghormati amalan Islam.

Apakah tiada tindak balas dari negara Islam akan negara ini? Setakat ini, cuma Al-Azhar sahaja mengeluarkan kenyataan. "Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb. Lain-lain masih senyap. Agaknya belum bangun dari tidur. Kita tunggu sajalah mereka berkata-kata selepas ini. Berkata-kata sahaja.


Namun begitu, beliau di beritakan di kebumikan mengikut cara Islam. Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, USS Carl-Vinson selepas dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam, kata pegawai pertahanan AS semalam. Cukupkah?


Apakah dengan kematian Osama, Amerika mengundurkan tenteranya dari Afghanistan? Sedangkan Amerika masih menguatkan kedudukan di Iraq, penempatan mereka di Afghanistan yang masih belum tentu. Ada kata mahu keluar, ada kata masih berkira-kira.

Nato pula sibuk mencari Gaddafi di Libya. Hari sebelumnya mereka berjaya bunuh anak dan cucu Gaddai. Mereka juga cuba masuk ke Bahrain. Osama yang terbunuh itupun di Pakistan, dan nyatalah yang Pakistan bekerjasama memberi kebenaran Amerika menggunakan ruang udara, tanah dan airnya untuk memburu Osama. Bekalan minyak di Libya, Bahrain, Iraq dan Afghanistan belum habis. Ini bermakna belum sampai masanya untuk Amerika mahupun Nato mengundurkan tentera mereka.


Apa kata Obama menjelang penggal kedua pemerintahannya?

Tiada ulasan: