Jumaat, Julai 22, 2011

Akhbar yang bebas dan usaha membebaskan

Ketika ramai pihak mempersoalkan pendirian akhbar arus perdana - merujuk kepada Berita Harian dan Utusan Malaysia - dalam mempersembahkan berita kepada khalayak seputar BERSIH 2.0 dan isu politik mutakhir ini, saya membaca pendekatan berbeza oleh empat Perdana Menteri terhadap wartawan dalam The Other Side of Mahathir tulisan Zainuddin Maidin.

Sebagai bekas ketua Editor Kumpulan Utusan dan sebelum itu sebagai wartawan, Zam mempunyai banyak pengalaman bersama Tun Mahathir sejak beliau belum dilantik menjadi Perdana Menteri keempat. Pengalaman itu dituliskan dalam satu bab khusus, A New Information Order yang seperti membicarakan peranan akhbar dalam mempergunakan sesuatu isu untuk dipropagandakan atau sebaliknya.

Beliau bercerita tentang kebebasan akhbar yang merujuk kepada beberapa isu yang melibatkan dunia persuratkhabaran melanda tanahair. Kebebasan akhbar yang sebenarnya tidak bebas sudah dapat dirasakan sejak Utusan Melayu di-UMNO-kan pada zaman Usman Awang menjadi ketua editor - yang menyaksikan Said Zahari ditahan di Singapura sebagai tahanan politik paling lama di pulau kecil itu. Ini diikuti dengan Operasi Lalang yang memperlihatkan penahanan para Editor dibawah ISA serta amaran terhadap empat akhbar yang dikira merbahaya (ditahan penerbitan selama beberapa bulan).

Menurut Zam, kecuali Tun Hussein Onn, ketiga-tiga PM mempunyai pandangan yang terbuka terhadap wartawan dan memberi ruang dan peluang  untuk mereka mengajukan soalan - sesuatu yang sangat berbeza dari negara jiran (Singapura dan Indonesia). It is security considerations mainly which prevents journalists from approaching leaders from neighbouring countries directly, but in Malayisa, even when its national security under threat, journalists from home and abroad can continue meeting the Prime Minister as usual.


Tunku Abdul Rahman memperuntukkan hari Rabu sebagai Wednesday's post-cabinet meeting press conference, di mana para wartawan boleh bertemu muka dengannya secara langsung untuk di wawancara. Tunku bisa di temui dimana-mana dan selesa dengan wartawan, sebagai mana sifatnya sebagai keturunan istana yang merakyat.

Tun Razak pula mengambil pendekatan berbeza dengan Tuanku yang menurut Zam menyebabkan wartawan rasa dihargai dan disenangi. Tun Razak akan memastikan para wartawan tahu pergerakannya terutama ke kawasan luar bandar. He recognised journalist assigned to him, even if he could not remember their names; and he would ask if any one of them was suddenly missing from the group. Tetapi pada masa yang sama Tun Razak tidak lagi mahu diwawancara selepas tamat mesyuarat kabinet pada hari Rabu seperti yang dilaksanakan Tuanku.

Tun Hussein Onn pula seperti tidak menyenangi wartawan dan amat sukar sekali memberi peluang untuk ditemubual. Sikap ini adalah hasil ketakutannya terhadap sebarang reaksi sekiranya beliau tersalah cakap atau kenyataannya diputar belit wartawan. Jika ada wartawan mahu menemubual, beliau akan memastikan masa yang diperuntukkan tidak terbabas. Oleh itu, amat jarang sekali beliau diwawancara tatkala beliau memgang tampuk pemerintahan. Zam menceritakan pengalaman Subky Latiff (sewaktu menjadi wartawan Utusan) tatkala berpeluang mewawancara Tun Hussein. Beliau diberikan masa setengah jam dan Tun Hussein Onn was cosntantly reminded during the interview of the ten minutes, five minutes and so on that he had left until it was time to go.

[Setengah jam menemubual Perdana Menteri? Berapa soalan yang dapat ditanyakan?]

Tetapi Tun Hussein menjadi mesra wartawan selepas beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Tun Mahathir pula mengambil sikap berbaik-baik dengan wartawan dan comparable to Tunku. Tun Mahathir selalu mengadakan perbincangan dengan Ketua Editor dari akhbar tempatan dan media elektronik  seputar isu agama, rakyat dan negara. Wajah beliau saban waktu dilihat di kaca tv, setiap soalan di jawab dengan baik dan wartawan tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Walaupun begitu, Tun Mahathir sentias juga membasuh wartawan yang sering memutarbelitkan kenyataannya terutama wartawan luar negara.

Umum mengetahui yang Tun Mahathir memperuntukkan waktu pagi untuk membaca akhabr sebaik sahaja tiba di pejabat. Oleh itu, beliau dapat mengetahui mana-mana kenyataannya yang disalah tafsir dan wartawan terpaksa berhati-hati melapor. He will not normally allow any inaccuracies or misreportings go unchallenged. Polisinya mudah: when attacked, launch a counter attacked!

Bila dikritik, beliau akan membalas kembali kritikan tersebut. Beliau sendiri banyak kali mengingatkan para wartawan agar lebih telus dalam membuat laporan. Peranan yang dimainkan oleh para wartawan amat penting dan berkuasa kerana ia to bring about a New Information Order to save the world from media imperialism. Tun Mahathir sangat percaya terhadap kuasa media dalam memporakporanda atau mendamaikan negara lalu beliau memegang segala media yang ada di negara ini agar boleh berbicara selari dengan pemikirannya. Tidak hairanlah pihak media sering tersepit dengan prinsip kebebasan akhbar  - mulut terbuka tetapi kaki dan tangan diikat. Bebas tetapi tidak bebas.

Tidak hairanlah beliau sendiri ada berkata: It is not only the government that can affect freedom of press but the owners, editors, financial interests, and the quest for popularity, all these can affect press freedom."



P/s: Ada satu soalan yang menarik kepada wartawan jika ada yang memandai bercakap lebih - Who elected you to speak on behalf of the majority? [I like!]



Tiada ulasan: