Isnin, Julai 25, 2011

Untuk orang bukan marhaen

Saya tidak mengenali selok belok golf sehinggalah seorang (bekas) teman sepejabat yang dahulunya sangat bencikan sukan ini (kalau pun boleh dikatakan sukan), diterbalikkan oleh Tuhan akan hati dan lidahnya untuk menjadi seorang yang ketagih memukul golf setiap hari. Ironinya, beliau mengenali golf bukan sebagai satu riadah mengeluarkan peluh dengan berjalan sepanjang padang yang luas menghijau - tetapi aspek psikologi yang sangat memerlukan empunya badan melawan keegoan diri dengan hanya menghayun iron - kayu golf yang dalam pelbagai saiz dan jenis.

Golf, katanya adalah sukan melawan diri sendiri. "Nampak mudah memukul bola, tetapi tanpa teknik dan taktik yang betul, kayu yang dihayun tinggi itu berjaya membawa bola terbang mencecah langit tetapi jatuh cuma beberapa sentimeter dihadapan kita," katanya sambil mencuba-cuba menggayakan aksi Tiger Woods dalam kamar pejabat yang kecil.

"Cuba fikirkan, iron dah diangkat tinggi tapi bola tak pergi jauh. Dimana silapnya?"

Saya malas membuka mulut. Biarlah dia menjawabnya sendiri.

"Sebabnya dia tidak berjaya menjatuhkan egonya. Golf memerlukan kesabaran, ketenangan, ketelitian. Penafasan perlu dijaga, disiplin dalam membawa badan pun kena betul. Kalau kita memukul dalam keadaan marah, kita hanya menghayun dengan kuat tetapi bolanya tidak sejauh yang diharapkan. Sebab itu pemain golf sangat rileks dan tenang kerana ia membantu memfokuskan perhatian terhadap jauhnya bola itu akan pergi, bukannya kepada kuat kayu dihayun."

Oleh itu, tambahnya lagi, padang golf sangat sesuai menjadi medan untuk para businessman bertemu. Mereka berada dalam keadaan rehat dan tenang, jadi boleh membincangkan soal bisnes tanpa dikelilingi oleh suasanan ripuh dan riuh di pejabat. "Boleh close deal dengan mudah, keputusan pun tidak mengikut emosi dan lebih berhati-hati sebagaimana perasaan dia memukul bola."

Sejauh mana kewajaran ini tidaklah dapat saya pastikan dengan angka atau fakta dari mana-mana pihak. Golf dan perniagaan kini memang sinonim sehingga diangkat sebagai sukan untuk orang kaya. Banyak padang golf dibina diatas estet yang subur dan tanah yang terbiar, ditanam dengan rumput yang meminum banyak bahan kimia, dengan kelab eksklusif dan makanan yang mencekik darah, kemudian para pekerjanya hitam legam menguruskan pokok dan rumput juga caddy yang terbongkok-bongkok mengusung kayu golf.

Tun Mahathir dalam buku yang ditulis oleh Zainuddin Maidin, The Other Side of Mahathir dinyatakan sebagai non-golfer. Memang ramai yang tahu sifatnya yang satu ini, malah beliau turut mengkritik Tunku yang kaki golf. Pada Tun, permainan itu menggambarkan sikap elitis satu pihak, mahal dan tidak marhaen. Ada pihak yang teraniaya, ada yang bergembira. Malah ketika beliau digantung keahlian dari UMNO, Tun pernah mengatakan bahawa 'there is no way that I will go to Kuala Lumpur just to tag along with the Tunku at the golf course in order to make a comeback.'


Biarpun beliau tidak meminati golf dan mengkritik pihak yag menghabiskan masa diatas padang golf, zaman pemerintahan beliau sebagai PM sendiri menyaksikan banyak padang golf dibina. He changed his mind when he saw that golfing could be a profitable industry to the nation. Dan akhirnya, beliau kurang mengkritik golfers sebaliknya percaya yang ruang perniagaan banyak terbuka dalam padang golf. In fact, every time he leaves with his entourage on an official visit abroad, the aeroplane he travels in is laden with more golf club than anything else.

1 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

golf memang penting utk bisnesman. saya baru belajar main. kah! kah! baik main hoki! lagi puas hati..
:-)