Selasa, Ogos 16, 2011

Kisah yang tidak kisah

Kekadang, kita rasa penat bila sudah bising-bising tetapi tiada kesan satu pun. Penat jadi anjing yang menyalak, bukit tidak bergerak seinci pun.Penat mencurah air pada daun keladi, tidak tersisa walau setitik pun.

Kala itulah, saya menjadi tidak kisah dengan apa yang ada disekeliling saya. Ada orang berjalan dan jatuh longkang, saya tidak ketawa atau memandang. (Jangan pandang, kasihan dia. Buat tak tahu sahaja). Ada isteri bercerita perihal suaminya pada saya: masuk telinga kanan, keluar pun telinga kanan. Ada orang merayu-rayu mohon pinjam duit menerusi SMS, saya buat tak tahu. Saya makan atau tidak ada dia peduli?

Kekadang saya fikir, kepala anginkah saya? Buat hal sendiri tatkala orang lain bergelak sakan di luar sana. Atau bila rasa benci duduk diam-diam terperuk dalam bilik dan melayan blog super serius. Atau bawa dua tiba buah novel dan duduk bersila di tepi taman sambil memerhati manusia bersaiz besar membawa badannya yang gempal keliling padang. Atau membawa kereta hingga ke ceruk-ceruk kampung menuruti apa sahaja arah pada papan tanda. Atau membawa laptop yang berat ini ke kedai makan di bawah rumah, duduk bersama kebisingan dua buah tv disisi pekerja Indonesia yang berkumpul semeja memesan segelas air tapi masing-masing senyap menekan henfon.


Eh, dunia ini indah bila kita tidak hanya memerap dalam bilik dan melayan Astro. Kedai mamak pun ada Astro, bang!

4 ulasan:

Jennderal Jenab berkata...

saya suka juga memerap..senang nak berfikir sebab tenang

ASaL berkata...

Yang pelik, ramai orang tak ambil kisah. Tapi dia suruh orang lain yang ambil kisah. Bila kita cakap ada aku kisah, boleh plak dia igatkan kita, ni tanggungjawab ni mana boleh lepas tangan.

Aik?

Norziati Mohd Rosman berkata...

Puan Jennderal,
Sebab tu bila nak ronda Temasik kena bawa peta. Hait!!

Norziati Mohd Rosman berkata...

Asal
Pelik bin ajaib. Dalam keadaan masyarakat tak mau ambil pusing apa yang berlaku, sikap busy body dan jaga tepi kain orang yang sebelum ini dikiritik mahu diterapkan semula sebab kes jenayah semakin banyak berlaku bila saling tidak mengenali jiran dan taka mahu ambil tahu.

Jenayah berleluasa kerana sikap tidak tidak ambil kisah akan orang-orang dikiri dan kanan kita. Mereka meragukan tapi kita buat 'donno'

Sekian