Rabu, September 21, 2011

Tiba-tiba

Tiba-tiba terasa dikejutkan dari mimpi yang panjang. Mimpi indah. Mimpi yang melenakan. Mimpi yang enak. Dibawa pergi terbuai-buai dalam alam khayal. Apabila sedar, kita telah ditinggalkan jauh. Dibiarkan terpinggir ke tepi. Diketawakan, mungkin. Menjadi mangsa amarah, mungkin juga. Mereka sudah jauh. Mereka sudah berlari. Kita masih tercicir. Masih bermimpi. Bangunlah.

"Tetapi, pengorbanan memerlukan kos," kata seorang kawan.

"Kalau dikorbankan ringgit masa kini untuk keuntungan hari muka, apakah kau mahu tetap berkira?" balas saya.

Dia diam.

"Kau fikirkan kerugian atas pengorbanan? Risaukan tiada balasan yang berbaloi?"

Dia diam lagi.

"Kita usaha dengan sasaran kejayaan. Fikirkan laba dari pelaburan. Itu pun doa juga. Jika asyik risau akan kegagalan, kerisauan itulah yang menjadi selimut terhadap usaha. Kau tak kan berusaha lebih kerana sering risau. Di takutkan dengan kerisauan."

"Jadi?"

"Usaha. Selagi kau tak cuba, selagi itu kau tak tahu."

Dia angguk. Chicken Cornish yang besar memenuhi piring bagi menu minum petang itu dipotong halus dan disuap ke mulut. Lalu dikunyahnya perlahan-perlahan.

2 ulasan:

ASaL berkata...

Selepas enam tahun,saya keluar dari belenggu risau.meski masih risau. Saya mohon restu dan bekal saya satu, niat saya tulus,InsyaAllah. Saya berdoa walau apa pun kekal saya dalam ketundukkan, dan nantinya lebih banyak ruang untuk beri manfaat pada yang lain.

Norziati Mohd Rosman berkata...

As,
Tunduk dan mohon selalu, insyaAllah, pasti ditunjukkan jalan.