Isnin, Januari 09, 2012

Menjadi demosntran

Hari ini 9 Januari 2012. Ada apa dengan hari ini? 901 sudah jadi sebutan sejak sebulan yang lalu. Dan saya tidak langsung ambil tahu. Setakat baca tulisan marah-marah di facebook dan twitter. Sudah lebih sebulan, atau dua bulan atau tiga bulan saya tak tonton berita. Rasa nak muntah dan segala macam nak keluar dari isi peurt bla dengar isi berita yang berat sebelah. Surat khabar pun selak belakang dahulu. Lebih banyak lihat gambar dari baca berita.

Apa yang berlaku terhadap Anwar, Hassan Ali, Adam Adli, demonstran UPSI, UM dengan NC yang gila ranking, PRU yang kian dekat, sedikit pun tak menggugat diri saya. Tetap juga pergi kerja balik kerja macam biasa. Dan gaji dapat hujung bulan. Persetankan itu semua. Tak ada yang terjejeas. Cuma yang jadi perhatian utama saya ialah kebodohan Isa Samad yang semakin meroyan terhadap tanah-tanah Felda seluruh negara, nak dijadikan Felda Ventures, nak di apungkan ke bursa saham, nak mengglobalkan Felda. Atau dengan kata lain, nak menghapuskan ekuiti peneroka Felda dalam KPF, dalam Felda sendiri. Itu lebih gila dari segala penyakit gila. Gila nombor satu agaknya, seperti kata emak Ikal dalam novel tulisan Andrea Hirata.

Maka bagi memastikan Isa Samad tak teruskan dengan kerja bodohnya itu, terpaksa juga guna kuasa politik. Cari menteri yang boleh bantu. Cari pemimpin yang boleh tolong. Tapi akhirnya, menteri mana pula yang boleh bantu? Menteri seranta Felda yang di lantik bapak Perdana Menteri pun semakin senyap sejak Isa Samad jadi Pengerusi Felda. Jadi, siapa berkuasa sebenarnya? Siapa yang boleh dengar suara peneroka, boleh bantu peneroka yang telah di gula-gulakan dengan duit menerusi pelbagai jenis bonus, insentif, elaun dan bayaran. Yang masuk dalam poket entah berapa sen sahaja. Di dada akhbar memanglah nampak menarik hingga semua hamba rakyat kata peneroka adalah insan bertuah di muka bumi Malaysia. Hakikat sebenar, tetap juga kais pagi makan pagi. Sedangkan getah dan sawit dari Felda menyebabkan kerajaan kaya raya.

Sekali lagi, siapa yang boleh bantu peneroka? Ahli politik? Wakil rakyat? JKKK? Pegawai Felda? Oleh itu, eloklah kita memberontak. Jadi demosntran beramai-ramai. Buat ceramah dan layangkan berita ke setiap rumah peneroka. Bagi semua peneroka faham. Bagi semua rakyat faham. Bagi kerajaan faham mengapa kita tak mahu.

Dan semoga Allah mengurniakan kesihatan berterusan buat Mazlan Alimin untuk menjadi kepala mengetuai gerombolan penasihat kepada peneroka supaya lebih faham dan mengerti

4 ulasan:

jhnrdzi berkata...

"seperti kata mak ikal"

ya, saya juga teringat apa yang diperkata mak ikal itu. novel yg sangat mengilhamkan tentunya.

:)

Shahrulrock berkata...

Ha, kalau macam ni buat le demonstrasi sekalipun, memang bersetuju sangat tapi elakkan ada unsur politik(itu sebenarnya mustahil).
Walau mustahil sekalipun, kita usaha, kita cuba yang terbaik.
Suara peneroka perlu jelas pada gegendang tuli Pak Menteri dan Isa Samad yang semakin galak menguli ekuiti.
(yang bukan anak peneroka atau peneroka, jangan nak sibuk-sibuk sertai demonstrasi).

Norziati Mohd Rosman berkata...

jhnrdzi,
Penyakit gila rupanya banyak!

Norziati Mohd Rosman berkata...

Shahrulrock,
Orang Felda adalah penyumbang terbesar ekonomi negara dari segi pertanian. Tapi apa yang peneroka dapat? Sepertiga dari hasil tersebut tak masuk pun dalam poket kami. Entah berapa sen sahaja untuk kami. Bila memberontak dikatanya tak kenang budi. Siapa yang patut kenang budi kami sebenanrya?