Sabtu, Februari 09, 2013

Berubah

Kemudiannya saya sedar siaran Ikim.fm sudah berubah sebaik sahaja kalendar Januari 2013 bermula. Tetapi tak mengapa, saya pastikan recorder cukup bateri dan rakaman terkini akan segera saya dengar sebagai satu cara mengulangkaji 'pelajaran.' Kawasan kejiranan kian meriah, saban minggu ada sahaja yang berpindah. Persatuan penduduk sudah ditubuhkan, dan untuk ini kita harus berterima kasih kepada teknologi yang membantu memudahkan proses. Dengan hanya memperkenalkan diri sebagai salah seorang penghuni taman, pihak pentadbir akan memasukkan nama ke dalam kumpulan tertutup di FB dan kemudian forum maya dilancarkan. Dalam masa tidak ramai yang pindah, hari keluarga sudah pun diadakan, AJK sudah ditubuhkan dan mereka menjalankan kerja-kerja awal sebelum kontraktor / pemaju melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada persatuan penduduk. Oleh kerana masing-masing berusia sekitar 30-40 tahun, maka generasi celik teknologi dengan otak yang cergas, aktif menjalankan kerja-kerja belakang tabir menyelesaikan masalah yang berbangkit, misalnya isu sampah yang tidak dikutip oleh kontraktor yang dilantik pemaju, pengawal keselamatan yang masih dibawah tanggunggan pemaju dan yang penting adalah isu keselamatan memandangkan fasa pembinaan masih berjalan disebelah kawasan yang sudah siap dibina.

Saya arif betapa renyahnya melayan insan yang cerewet dan berhubung pula dengan pemaju yang kadang kala bersikap lepas tangan. Tetapi insan hebat ini bekerja di belakang tabir tanpa sebarang upah. Mereka melaksanakan tanggungjawab itu sewajarnya. Anda adalah hero dalam diam! Tahniah!

Tiada ulasan: