Jumaat, Februari 01, 2013

Tukar

Sudah masuk hari ke-32 hari ini. Januari sudah berlalu dan Februari mengambil alih. Hari-hari berlalu seperti biasa buat saya, menempuh perjalanan ke pejabat, bekerja dan pulang kembali. Setiap hari saya melihat perubahan-perubahan di kawasan kejiranan yang naik berdiikit-dikit. Jika semalam masih belum ada bumbung, hari ini pekerja giat memasang atap. Atau tiba-tiba pagar sudah berdiri memisahkan rumah dan  jalanan yang luas. Kawasan ini masih belum siap sepenuhnya, dan dihujung jalan dapat dilihat tanah sedang diratakan untuk fasa pembangunan berikutnya. Selepas ini siapa tahu, saya hanya melihat konkrit rumah, bukannya pohon menghijau di bukit bukau sekitar pergunungan Langat.

Dan Januari juga menjadi saksi saya memberanikan menghantar surat perletakan jawatan secara mengejut. Hampir semua terpempan dan hingga sekarang mereka masih menanti apakah saya akan menarik balik notis tersebut. Biar saya simpan sahaja jawapan itu.

2 ulasan:

Syed Putra berkata...

Ketika bertanya tentang kerja di DBP tempoh hari, saya belum baca lagi tulisan kak yang ini. Maaf!

Norziati Mohd Rosman berkata...

Tak mengapa. Itulah rezeki namanya. Ruang dan peluang ada di mana-mana, insyaAllah :)