Jumaat, Mei 02, 2014

Tetamu dalam Tv AlHijrah - 26 April 2014



Saya diminta menjadi tetamu bersama dalam siaran Assalamualaikum, TV Al-Hijrah pada pagi Sabtu, 26 April 2014. Seperti biasa, saya akan menolak. Tapi memang tak boleh...

Maka pagi itu, saya bergerak seawal pagi dari Nur Lembah Pangsun Eco Resort untuk berada seawal 8.30 pagi di Kompleks Pusat Islam. Ada Bengkel Khalifah method bersama sukarelawan TFTN di sana. Berat juga meninggalkan mereka. Tapi ada juga gunanya saya keluar dari hutan itu sekejap. Kerana perlu mengambil sukarelawan yang sampai pagi tu dari Kuala Lipis. Seperti tugasan seampang dua mata

TV Al-Hijrah terletak berhadapan dengan Masjid Negara. Kelihatan polis berpakaian lengkap sedang mundar mandir mengawal. Terdetik pula bertanya mengapa, kerana perhimpunan yang dijadualkan pada 1 Mei masih jauh lagi. Terlupa pula saya yang Barack Obama datang ke Malaysia dan akan berada di Masjid Negara esoknya.

Aku menunggu sebentar dikawasan meletak kereta, dan setelah bos ku sampai, kami pun melangkah masuk ke dalam pejabat TV Al-Hijrah. Studionya kecil sahaja. Kawalan masuk ketat, dijaga oleh polis bantuan. Bukannya pak guard. Kami dibawa ke bilik menunggu dan nasi lemak tersedia untuk mengalas perut. Makan pada waktu ini tidaklah sesuai. Rama-rama sedang bersuka ria terbang dalam perut.

Dalam bilik menunggu ada Ustaz Ghazali, pemilik butik Munawarah yang entah-siapa-namanya dan Tokki dari PPIM yang selalu didengar namanya. Kami berbincang apa nak dicakap berdasarkan kepada soalan yang sudah diemelkan sebelum itu. Maka tangan pun menjadi seram sejuk. Sebab itu pakai kot, untuk memanaskan badan di dalam studio nanti.

Menghampir jam 10, kami dipanggil. Touch-up muka dahulu kemudian barulah masuk ke studio. Lihat dahulu orang sebelumnya buat apa, kemudian iklan. Kami dipanggil ke sofa, dipakaikan mikrofon, disusun buku atas meja dan tengok-tengok kamera. Anggota produksinya tak ramai. Pengacara dua orang, jurukamera dalam tiga orang. Lain-lainnya keluar masuk menguruskan segmen. Mungkin floor manager. Tak sampai sepuluh orang pun. Tiba-tiba berangan untuk buat stesen tv sendiri kalau begini punya senang. Hah!


Kemudian segmen kami pun bermula. Dan soalan pun diajukan. Videonya ada tapi tak boleh diletakkan di dalam ini pula. Tengok gambar sahajalah ya.


Tiada ulasan: