Jumaat, Julai 11, 2014

Pasca TIBF



Hari ini, Jumaat, seminggu yang lalu masih di Tokyo. Pagi-pagi dah keluar, pergi ke Asakusa dan tengok cenderamata. Tapi bila kembali ke hotel saya rasa gelisah. Memikirkan Tokyo terlalu penyayang. Mengapa dibelahan dunia Islam tidak begini sifatnya. Sambil memikirkan mahu pulang, saya bersyukur berada di Tokyo pada bulann puasa. Bermakna makan sekali sahaja, ketika berbuka. Sahur makan biskut atau roti atau bekalan meggi. Tadi buat pertama kali berbuka sendiri (buka bayar sendiri) bersama Syukri. Sebelum ini dilayan sebagai tetamu sebaiknya. Rabak juga poket bila mengira harga dalam Yen. Restoran Pakistan tadi bukannya sedap nasinya. Sepinggan nasi briyani kami kongsi tapi tak habis. Eh, kongsi sebab ada roti nan yang besar. Tegang perut rasanya. Tapi yang penting, yang sebenarnya ialah nafsu makan sudah berkurangan. Sebab bila kembali ke tanah air, selera makan tak seperti biasa. Bila berbuka, cuma mampu teguk air dan kurma kemudia solat. Selepas terawih baru rasa lapar. Ini dah terbiasa puasa 16 jam yang 2 jam lebih panjang dari Malaysia. Dalam keadaa begini, tiadalah saya mahu memaksa makan berlebih-lebihan. Ada sekali di tanah air, buka dengan biskut dua keping. Kemudian sahur baru makan. Semalam buat burger sendiri. Separuh dimakan masa berbuka, separuh lagi ketika sahur. Itu pun dah rasa penuh. Baguslah keadaan ini berpanjangan, boleh mengurangkan kadar makan yang selalu kita rasa tak cukup-cukup. Nasi pun baru sekali dijamah sejak menjejakkan kaki ke tanah air. Melihatkan keadaan ini, saya rasa boleh bertahan lama kalau kena duduk oversea lagi. Tolong hantar saya lagi!

Tiada ulasan: