Ahad, Julai 27, 2014

Sebuah manuskrip, iron gall dan mata lalat [3]

Selepas bercerita tentagn manuskrip dan dakwat, Tuan Haji menyambung cerita lagi. Tak jemu-jemu beliau melayan kami yang asyik dengan perkongsiannya. Saya pula suka melayan orang yang suka bercerita. Banyak ilmu yang boleh ditimba dari pengalaman orang lama.

"Pada suatu masa, dakwat yang digunakan untuk menulis boleh merosakkan buku. Dakwat itu namanya iron gall." Tuan Haji mengulangnya beberapa kali. Saya menuliskan namanya di papan putih sambil Tuan Haji membetulkan ejaan iron gall. Dakwat ni cantik bila dicetak. Berkilat dan kemas. Tetapi bukunya boleh rosak kalau tidak dibuka dalam tempoh yang lama. Saya ada senaskhah Qur'an yang sudah reput dan rapuh kerana sudah lama tidak digunakan. Ini akibat ionization kerana penggunaan dakwat iron gall. Buku yang menggunakan dakwat ini memadailah kita selak-selak supaya masuk angin dan disentuh selalu. Jika tidak ia seperti kain yang reput. Nak dipegang tak boleh, nak dialihkan pun tak boleh. maka duduklah ia di rak menunggu hancur sebelum dibuang."

"Bagaimana boleh jadi begitu," soal saya kehairanan.

"Dakwat iron gall dihasilkan dari campuran iron atau besi. Ia macam besi yang berkarat, lama-lama akan mereput. Kalau buku tidak diselak-selak, ia akan reput macam tu sahaja. Sebab itu orang sebut Qur'an buruk, kerana inilah - iron gall. Kalau Qur'an buruk, satu apa pun tak guna. Nak baca tak boleh, nak sentuh pun tak boleh. Maka dibiarkan begitu sampailah hancur untuk dibuang. Orang ang macam Qur'an buruk begitulah. Satu apa pun tak boleh guna," ujar Tuan Haji lagi. Ternyata jelas sekali penerangannya, mencerahkan pandanganku yang agak kelam oleh sebab mengantuk kerana bersahur awal dan matahari pun dah naik mencecah zuhur. Waktu-waktu ini sangat mencabar mata!

Selepas itu, saya pun berusaha mencari maklumat tentang iron gall. Memang diakui, iron gall memang cantik bila dicetak pada kertas. Maklumat pada laman web ini menyatakan :
Iron-gall ink was the most important ink in Western history. Leonardo da Vinci wrote his notes using iron-gall ink. Bach composed with it. Rembrandt and Van Gogh drew with it. The Constitution of the United States was drafted with it (Ink Corrosion). And, when the black ink on the Dead Sea Scrolls was analyzed using a cyclotron at the Davis campus of the University of California, it was found to be iron-gall ink (Nir-el 157).  
Menurut Wiki
Due to the ease of making iron gall ink and its quality of permanence and water resistance this ink became the favored one for scribes in the European corridor as well as around the Mediterranean Sea. Surviving manuscripts from the Middle Ages as well as the Renaissance bear this out as the vast majority are written using iron gall ink, the balance being written using lamp black or carbon black inks. Laws were enacted in Great Britain and France specifying the content iron gall ink for all royal and legal records to ensure permanence in this time period as well. The popularity of iron gall ink traveled around the world during the colonization period and beyond. 
Lihat, iron gall adalah salah satu ejen penjajahan dan penjelajahan!

Ketika itu kitab yang diimbas sudah pun siap. Fawwaz sudah dalam kerja-kerja terakhir bagi memperkemas gambar supaya berada dalam resolusi terbaik. "Kitab-kitab lama ini boleh kekal hingga 200 tahun kerana ia disimpan dengan teliti.

Tulisan ini kemas dari kulit ke kulit kerana tugas si penulisnya hanyalah menuliskan ayat-ayat. Dia bekerja sekejap sahaja, bukanna menulis satu hari. Dia bertugas atas perintah Sultan selepas melalui pemilihan ketat kerana mencari penulis manuskrip pasti memerlukan tulisan yang cantik, jujur dan ikhlas. Dia bangun awal pagi dan terus menulis sejak dari subuh. Bila matahari naik atau bila dia penat, dia kena berhenti. menulis tak boleh dipaksa sebab nanti tulisannya tak cantik. Selepas itu dia buat kerja lain, misalnya bercucuk tanam di sekeliling rumah. Esoknya dia sambung semula menulis sehinggalah siap satu buku."

"Betul juga ya. Sebab itu tulisannya kemas dan cantik. apatah lagi dia perlu buat banyak salinan untuk Sultan, pembesar dan rakyat supaya boleh dibaca oleh ramai orang." Saya menambah berdasarkan apa yang pernah dibaca dalam buku.

"Kitab ini bioleh kekal cantik kerana digunakan cuma pada perayaan mawlid, dibaca ketika hari mawlid. Kitab ini dibalut elok dan disimpan dalam bilik. Bila nak guna barulah kitab ini dibuka. Apatah lagi kitab ini milik Sultan, jadi kita perlu menjaganya dengan baik."

Saya melihat lagi ilumninasi yang ada. Dakwat yang berwarna emas itu saya rasa dengan jari. "Ilmuninasi ini pun bukannya ada pada setiap helaian muka. Iluminasi cuma terdapat pada halaman pertama, tengah dan akhir. Lain-lain halaman tidak ada corak secantik ini." Oh, ini pengetahuan baru bagiku. Mungkin Tuan Haji membaca buku Annabel kerana maklumat beliau tentang manuskrip cukup mendalam. Memang beliau mengakui membeli buku-buku Annabel kerana minat dengan kecantikan corak dan lukisan di dalamnya.

Bercakap tentang manuskrip, Tuan Haji mempunyai maklumat menarik tentang usahanya mencari manuskrip di Patani. Bacalah di entri berikutnya pula :)

Baca juga:
Sebuah manuskrip, iron gall dan mata lalat [1]
Sebuah manuskrip, iron gall dan mata lalat [2]
Sebuah manuskrip, iron gall dan mata lalat [3]

Tiada ulasan: