Selasa, Julai 28, 2015

Kembara Kemboja #1

29 Julai hingga 2 Ogos, selama empat hari aku berkesempatan ke Kemboja bersama Nora. Tiket dibeli ketika bulan puasa yang lalu, ketika dia sedang boring melihat-lihat tiket. Lalu diajaknya aku ke Kemboja. Aku tidak teragak-agak. Memikirkan masih dalam cuti semester dan ada wang yang akan masuk, maka aku setuju. Dia membeli tiket, rancangnya turun di Phnom Penh dan balik dari Siem Riep.

Menjelang hari bertolak, barulah dia book hotel dan menyiapkan itinerary. Aku serahkan semua pada dia, takmahu campur tangan. Lagi pun ketika itu sangat tersangkut dengan kerja.

Kemboja yang aku tahu ada Killing Fields, Angkor Wat dan Melayu. Selain itu pengetahuan ku samar-samar. Nak membaca pun tak sempat. Jadi aku fikir apaah buku sesuai dibawa. Aku dah siapkan Tuesday With Morie. Tetapi sebelum berangkat, aku capai Emas Para Dapunta dan Maharaja. Tak sangka ini buku terbaik yang menjadi rujukan ku di Kemboja.

Catatan aku letakkan di FB dan instagram, akan aku naikkan satu persatu di sini. Ada yang berulang-ulang catatannya. Tapi memadailah sebagai coretan kecil kembaraku di sana.

Ya, kemboja aku datang!

Phnom Penh International Airport yang humble

Tiada ulasan: