Jumaat, Julai 31, 2015

Kembara Kemboja #3

"Menikmati waktu senja sambil melihat bayangan menara-menara Angkor Wat begitu mengasyikkan. Saya seakan melihat para jurutera Melayu dan Khmer sedang berbincang di satu sudut untuk merencanakan pelan pembinaan Angkor Wat. Sebagaimana para ahli arkeologi Indonesia dan Kemboja, saya juga dapat merasakan ada kaitan yang misteri antara Borobudur dan Angkor Wat. Apabila saya membaca dan membaca bagaimana keturunan Srivijaya (tradisi Khmer menyebutnya sebagai 'Melayu') dalam salasilah istana Angkor, saya baru menyedari tangan-tangan misteri yang membina Borobudur adalah tangan yang sama mewarnai Angkor Wat!"

Emas Para Dapunta dan Maharaja, Cik Srikandi.


Aku naikkan status ini dengan gambar di Angkor Wat. Biar jadi surprise, biar jadi kejutan. Semoga Cik Srikandi berbangga. Memang sengaja aku pilih ayat yang menarik ini dengan gambar Angkor Wat. Biar signifikan. Barulah menarik!

Tiada ulasan: