Ahad, Ogos 02, 2015

Kembara Kemboja #5


Dari pintu masuk, kita akan nampak stupa ini. Tapi stupa ni merupakan check-point akhir. Kena ke station 1 dulu agar sesuai dengan kronologi pembuhuhan. Err..



1) Phnom Penh dan Siem Riep memberikan dua perasaan berbeza dalam satu hidangan yang sama: sejarah yang mendatangkan rasa derita dan kagum.
 
Check-point di Killing Fields. Kalau tak silap di sini tempat pertuduhan dibacakan sebelum mangsa dibunuh



2) Kekejaman rejim Khmer Rouge di Choueng Ek Killing Field dan penyiksaan terhadap tahanan di Tuol Sleng Genosid Museum ketika zaman Khmer Rouge pada hari pertama tiba memadamkan kegembiraan menjejakkan kaki ke Kemboja. Tiada kata dapat menggambarkan tindakan tidak berperikemanusiaan askar Pol Pot selama tiga tahun, sembilan bulan, du...a puluh hari yang membunuh tiga juta penduduk Kemboja (ya, ingat angka itu - kekejaman mereka telah saya hafal sejak kecil). Kami masing-masing terdiam mendengar rakaman audio sambil melihat puluhan kuburan besar mangsa perang. Masih jelas tinggalan berupa tulang, gigi, pakaian dan alat penyiksaan dipamerkan, serta stupa 17 tingkat yang menyimpan sebahagian kecil tengkorak dan tulang mangsa yang telah dianalisa. Yang lain dibiarkan di dalam 'kubur'.

Mass grave



3) Bersama pemandu tuk-tuk yang bersama kami, dapatlah bersoal jawab banyak perkara tentang masyarakat Kemboja khususnya Melayu Champa, Islam, ekonomi dan politik. Sisi Kemboja masih samar-samar dalam pengetahuan. Masih banyak perlu dibaca

Pemandu tuk-tuk. Tengok jalan yang banjir tu. Naik tutk-tuk pun macam naik roller coaster.



4) Siem Riep adalah kota pelancongan. Inilah sumber ekonomi ketiga Kemboja. Kekayaan tidak sekata menyaksikan Siem Riep jauh berbeza dari Phonm Penh dan pekan-pelan kecil yang dilalui sepanjang enam jam perjalanan. Angkor Wat ternyata menjadi modal menarik pelancong tingga terasa seperti berada di Phuket atau Krabi. Melihat kompleks Angkor yang bersih, terjaga, besar dan gagah dalam kawasan yang luas, tak terbayang bagaimana batu-batu besar diangkat oleh manusia zaman lampau. Perasaan yang sama dirasai ketika menjejaki Lembah Bujang, Sungai Batu, Borobudur dan monumen Mahabalipuram di Tamil Nadu. Sahabat, teknologi mereka lebih besar dari kita.

Russian Market yang menjadi syurga membeli belah. Besar!



Sekitar Phnom Penh. Aku suka ambil gambar talian elektriknya yang berselirat. Ke mana-mana aku pergi, pasti aku ambil. Kenapa? Sebab aku ni pelik orangnya :p



5) Sudah melihat, sudah merasa, sudah meneliti. Selang-seli perjalanan melihat budaya dan adat masyarakat yang rencam mendatangkan banyak persoalan tentang apa dan mengapa. Angkor Wat dan binaan disekitarnya membuatkan pelbagai soalan timbul. Sudah sampai masanya membaca sejarah Indo-China yang bukunya telah lama dibeli tapi dibiarkan sepi menyendiri di rak.
Membaca sementara menunggu travel partner bersolek



6) Dalam usaha memahami sejarah, banyak yang perlu saya baca dan fahami. Bukan berdasarkan kepada apa yang orang kata atau kaji. Kitalah yang harus turun padang memahami dan meneliti. Sejarah kita adalah milik kita. Mengapa harus membiarkan orang lain menuliskan untuk kita? 

#cambodiatrip #travel2015 #day3
 
feeling ancient at Siem Reap Province ខេត្ត សៀមរាប.


Muzium. Dapat tangkap gambar je, tak sempat masuk. Dah petang, dah tutup

Tiada ulasan: