Jumaat, Disember 11, 2015

Jatuh motor edisi kedua

Basah oleh hujan. Jatuh terseret atas jalan. Eh kereta, bagi signal sebelum belok, bukan semasa belok ya.

Kisahnya, hujan. Kereta membelok mengejut dengan signal tiba-tiba. Kereta-kereta lain terpaksa buat emergency brake. Penunggang motosikal punya dua pilihan - langgar kereta depan atau buat emergency brake sampai tergolek atas jalan... .

Perkara pertama yang aku buat selepas terseret atas jalan ialah tengok kereta belakang. Kemudian bangun, jalan sikit, kebas tangan dan kaki kemudian tengok motor. Brader-brader yang lain cepat-cepat tolong angkat motor, aku pula selamba betulkan tali kasut. Eh, sebenarnya tengah pening lalat. Nasib baik kereta belakang perlahan dan sempat brek, kalau tak entah kena lenyek hehe... .

Kawasan jatuh tadi kurang lima minit dari rumah. Sampai sahaja makan nasi dulu dalam keadaan tangan masih mengigil (sejuklah). Kemudian baru mandi dan bagi laporan (aduan :)) pada kawan (kemudian kena marah :(). .

Kaki kanan, tangan kanan, tengkuk kiri sakit juga ni. Biasalah, after shock. Semoga esok tak ada apa-apa untuk kelas dan syarahan panjang hingga malam.

Ah, lepas makan nasi dan mandi, terus ke bengkel. Tampal tayar belakang dan tarik brek. .

Sekian cerita Jumaat, 11 Disember 2015

Tiada ulasan: