Rabu, Januari 27, 2016

Serangan menggoncang kepercayaan


[Tabung Haji]

Isu Tabung Haji ni kena pandai baca perkara yang dibahaskan oleh media. Elok kita baca kenyataan rasmi TH seperti apa yang dinyatakan oleh Dato' Dr Asyraf Wajdi. Itu pun kalau nak percaya kenyataan TH berbanding berita yang disampaikan oleh media alternatif seperti malaysiakini dan malaysiainsider. Kita pun tahu media ni master spinner semua kenyataan-kenyataan menteri, tak ada yang betul, semuanya salah. Maksudnya, kita kena faham isu batin bukan sekadar zahir.

Maka adalah lebih baik jika sesiapa yang pandai membaca laporan TH, baca dan maklumkan kepada teman-teman apa yang tersurat di dalamnya. Laporan kewangan itu bukan semua orang pandai baca maka lebih baik sesiapa yang arif menerangkan kepada yang lain letak duduk perkara sebenar. Jadi kita akan tahu kedudukan TH yang sepatutnya. Baik atau buruk, wallahu a'lam.

Sekarang kita juga kena tahu banyak institusi  agama diserang dari aspek fundamental. Jabatan Agama, Majlis Agama, Pusat Zakat, Jabatan Mufti, Jakim dan sekarang ini giliran TH. Permainan halus ini nampak sangat bertujuan menjatuhkan integriti institusi Islam dan merendahkan moral dan kepercayaan orang Islam terhadap tanggungjawab dan peranan institusi ini kepada masyarakat Islam. 

Seperkara lagi, apabila kita menyimpan dengan institusi kerajaan/berkait kerajaan, maka deposit akan selamat. Kita selalu dengar caption simpanan adalah selamat, maka kerajaan menjamin wang deposit kita selamat, jadi kita sepatutnya berpegang kepada kenyataan ini. Walau bagaimana pun jika terdapat perubahan yang mereka buat, kita perlu tahu dan ambil peduli. Tetapi masakan institusi suci seperti TH sanggup berbuat demikian, bukan?

Aset TH pun banyak terdapat di luar negara; ladang-ladang kelapa sawit sampai ke Afrika, hotel di perkarangan Masjid Nabawi dan di sekitar Masjidil Haram, TH Properties pun ada perniagaan dan pembinaan perumahan; itu semua bernilai tinggi. Jika ditakdirkan TH melingkup, aset ini boleh dicairkan dan depostit pengguna dipulangkan seperti yang mereka simpan. Tidak ada kerugian kepada pendeposit insha-Allah.

Akhir sekali, masakan usaha murni TH boleh menghadapi masalah seperti ini. Walau apa pun, Allah pastu membantu sebagaimana peranan TH yang banyak memudahkan urusan jemaah haji ke Haramayn. Tidak semudah itu TH akan bankrap. Urusan orang yang memudahkan akan sentiasa dibantu ketika dia dalam keadaan sukar. Yang ada hanyalah salah guna kuasa atau kesilapan pencaturan pelaburan. Keadaan ekonomi sekarang tidak menentu jadi macam-macam perkara boleh berlaku dan bertukar dengan sekejap. 

TH satu-satunya agensi di dunia yang menguruskan jemaah haji dari segi kewangan dan urusan haji. Tak ada negara lain di dunia yang ada konsep seperti TH. Cubalah tanya pengalaman kawan-kawan dari negara lain, bagaimana mereka mengerjakan haji. Tanpa simpanan, ramai yang buat pinjaman bank. Bila balik kebtanah air, kena bayar pinjaman. Bukankah itu sudah melanggar syarat Haji? Pengurusan haji pun kelam kabut, ada ejen bawa lari duit dan merana di Tanah Suci. Kita tak tahu hal itu kerana kita selesa di bawah pengendalian TH. Mengapa sekarang bila TH diuji sedikit kita melenting menggila bagai taufan?

Berdoalah supaya TH dapat melepasi waktu-waktu sukar ini. Teruskan kepercayaan kepada TH. Baca berita yang betul dan baca berita dengan betul. Jangan mudah percaya khabar angin, jangan terlalu percaya pada media sosial. Ambil tahu dari insan yang kita patut tahu. Elakkan sampah dalam fikiran kita. Semoga hidup kita lebih tenang dan terhindar dari marah-marah tidak menentu.

Terpulang nak percaya kenyataan ini atau tidak. Tak suka tak apa, kita tak terjejas apa-apa. 

Wassalam,
NMR, 27.01.2016, 9.02am

Selasa, Januari 26, 2016

Bicara langit





Ini langit jam 7.30 pagi tadi (26.01.2016) ketika sedang jogging di Ecohill Park. Birunya lain macam. Gelap tapi tak hujan. Siangnya panas bukan main. Matahari terik memancar. Jam 7 pagi masih gelap. 7 malam masih cerah. Subuhnya lewat jam 6.13 pagi, maghrib pula waktunya biasa jam 7.25 malam.

Langit sekarang ni pun gelapnya lain macam. Bukan jenis gelap nak hujan. Lain warnanya. Bukan hitam, tapi biru gelap, biru nila gelap.

Malam tadi pun perasan hal yang sama. Langit gelap berbalam, bulan mengambang, angin kuat tapi tak hujan..

Bicara apa Tuhan sampaikan pada kita. Apakah kamu perasan?



Jumaat, Januari 01, 2016

Tahun baru. Selamat 2016

2016
1. Thesis: 3 chapters
2. Convo: 2017
3. Journals: 365
3. Books: 70
4. Write more
5. Consistent & focus

Siapkan tesis cepat supaya boleh convo cepat. Duit tak ada nak bayar yuran, takkan hari-hati kena berlapar. Jangan main-main dah, i am serious man!

Resolusi yang lain untuk diri sendiri. Cuma ini sahaja untuk tatapan 18 follower 😉

Rabbi zidni ilma
Hasbuna'Llah ni'mal wakil

#thesiswriting #1journal1day #scholarlyjourney #misi2016