Isnin, Februari 22, 2016

Tulis dan menulis

Teman seberang tambak menghantar mesej bertanyakan soalan di bawah ini. Aku mengambil masa sehari suntuk sbeelum dapat menjawabnya dengan panjang lebar.
--

[Soalan]
Biasanya apa factor seseorang tu susah nak menulis? Background soalan ialah timbul perbincangan about asatizah circle kat sini yg tulisan mereka tak ketara di sisi masyarakat.

Atau soalan dalam bentuk lain, secara umum apa yg buat seseorang menulis secara semulajadi

Apa yg missing dlm masyarakat yg kurang menulis.

Since u seorang penulis, mungkin ada maklumbalas yg lebih refreshing dan hit the spot.

Daripada asik tanya orang yg tak menulis jugak 😅

---
[Jawapan]

Saya pecahkan soalan ini kepada beberapa persoalan:
1. Asatizah tidak menulis
2. Asatizah tiada semangat dan tiada kecenderungan menulis
3. Asarizah tidak reti menulis
4. Asatizah cuma minat bercakap
5. Asatizah menulis tetapi tulisannya tidak menyengat

Saya rangkumkan persoalan di atas dalam jawapan berikut, tetapi tidak disusun mengikut urusan persoalan di atas:

1. Menulis tu semua orang boleh buat cuma bagus atau tidak tulisannya bergantung kepada kerajinannya mengasah kemahiran. Jika dia minat menulis, pasti dia cepat dapat memahirkan bakat menulisnya dan dapat menulis dgn baik. Untuk hal yang berkaitan agama, tulisan yang baik itu bermakna tulisan yang datang dari hati dan sampai ke hati. Dia boleh menyentuh banyak hati dan menjadikan seseorang itu berubah lalu membawa perubahan pula pada orang lain.

2. Asatizah perlu banyak menulis berbanding bercakap. Mengapa? Walaupun Islam tertegak atas dasar hujah, kita lihat perlu bagaimana hujah itu disampaikan - ia datang dalam dua cara, iaitu melalui lisan dan tulisan. Bukan sekadar bercakap semata-mata. Imam-imam besar kita, dalam masa mereka mengajar, tidak meninggalkan amalan menulis. Mereka menulis kitab berjilid-jilid untuk satu judul. Semuanya menjadi rujukan kepada kita hingga kini. Imam Shafi'i membahagikan harinya kepada tiga bahagian - beribadat, berehat (tidur) dan menulis (belajar). Ibnu Manzur menulis Lisanu'l-Arab yang masih kekal kita rujuk hingga kini. Imam al-Ghazali pula sinonim dengan Ihya'. Begitu juga dengan ulama yang lain. Tulisan mereka kekal dibaca hingga kini. Jika mereka tidak menulis waktu itu, apa yang tinggal buat kita? Dari situ datanglah keperluan mengapa kita perlu menulis, iaitu supaya ilmu itu kekal dibaca dan diteliti, dikaji dan dipelajari zaman berzaman, disharah dan dirujuk bagi menghasilkan karya-karya lain. 

3. Bagi menjadikan kita mempunyai semangat menulis, contohilah ketekunan Imam al-Shafi'i ketika belajar dari satu imam ke imam yang lain, lihat bagaimana Imam al-Ghazali menghafaz kandungan buku-bukunya yang terselamat dari menjadi mangsa rompakan. Mereka imam-imam besar kita tidak jemu menulis, contohilah semangat mereka dalam menyampaikan ilmu. Dalam keterbatasan sumber dan peralatan, merek mampu emnghasilkan karya besar. Bukan honorarium atau ruang-ruang yang terhad dalam majalah atau akhbar yang menjadi soal kerana banyak medium yang boleh dijadikan ruang eskpresi. Zaman media sosial ini, di mana-mana kita boleh menzahirkan pemikiran kita menerusi pemikiran. Dunia semakin luas untuk kita melebarkan usaha dakwah. 

4. Para orientalis yang mengkaji Islam pun tidak putus-putus menulis dan mengkaji kitab besar Islam tetapi kita yang lahir sebagai Islam dan faham Islam, jika tidak menulis dan mengkaji, takkanlah kita nak biarkan orientalis ini menulis bagi pihak kita.Sudah pasti kita tidak yakin dengan apa yang mereka sampaikan. Tetapi jika kita tidak menulis, amat malang sekali kerana kefahaman kita terhadap Islam disampaikan oleh orang yang bukan Islam. Maka kitalah yang harus dipersalahkan andai tidak mengambil langkah proaktif menulis dan menyampaikan hal-hal yang benar tentang agama kita sendiri.

5.  Cara menulis boleh dalam pelbagai bentuk. Bukan perlu duduk depan komputer dan menaip. Atau bukan perlu tunggu masa lapang dan menulis. Bukanlah perlu buka banyak buku rujukan dan memulakan kajian kecuali jika tulisan itu benar-benar ilmiah. Kita boleh menulis pada bila-bila masa dan di mana-mana. Saya menuliskan jawapan ini dalam telefon sewaktu menunggu zuhur dan juga ketika dalam kenderaan ketika dalam kesesakan jalanraya. Boleh juga menulis sewaktu menunggu hidangan atau ketika menanti teman. Masa pasti ada buat yang mencari.

6. Zaman sekarang tulisan boleh terbit di mana-mana. Dalam media sosial, kita selalu kongsi pelbagai perkara. Status-status itu jika dipanjangkan akan menjadi satu tulisan yang baik. Jika kita boleh menggunakan masa untuk membaca status pada media sosial dan membaca komen-komen yang panjang, kita boleh halakan masa yang terluang itu untuk menulis perkara yang lebih baik berbanding memasukkan energi negarif dari komen-komen tersebut ke dalam diri kita.

7. Carilah kawan yang boleh memberi semangat kepada kita untuk menulis. Bila tulisan telah siap, berilah kepada kawan terdekat untuk mendapatkan pandangan kedua (second opinion). Apabila sudah yakin dengan fakta, terbitkankah di mana-mana media. Portal web percuma ada merata-rata. Jadikan tulisan kita senjata berdakwah, bukan sekadar hebat pada lidah.

8. Akhir kata janganlah bertangguh dan mulakan menulis. Tulislah agar tulisanmu dapat dibaca. Tulislah atas nama kebenaran. Tulislah demi menyampaikan kalam Tuhan. Menulislah!

Jumaat, Februari 19, 2016

Menjenguk Historia

1.
Aku geram setiap kali melihat kandungan yang dihantar oleh majalah Historia sama ada melalui FB atau Twitter. Apatah lagi websitenya ini. Aku geram kerana tiada majalah sejarah serupa itu wujud di Malaysia. Kita tiada laman web khusus untuk sejarah. Banyak sejarah kita cuma dapat dilihat dalam buku, jurnal dan taburna PDF yang bersepah bila di Google. Juga dalam blog-blog yang rencam sifatnya.

Namun itulah impianku, menuliskan sesuatu tentang sejarah, sesuatu dari lipatan sejarah agar kita sedar siapa diri kita dan dari mana kita ini datang. Hanya selepas kita tahu diri, barulah kita sedar untuk siapa kita harus taat dan patuh. Jika mengenal diri pun gagal, bagaimana boleh kita mengenal Tuhan?

Aku sedang memperdalamkan ilmu sejarahku berdikit-dikit menerusi pembacaan. Aku berharap agar dapat membangunkan laman web seperti itu suatu hari nanti dengan sepenuh pengetahuan yang ada padaku. Pedulikanlah apa orang yang bodoh sombong.


2.
Kalau kita baca tulisan di Historia pun, tidak panjang atau kritis, memadai ia ditulis sebagai medium untuk melayari maklumat tentang sejarah. Jadi sedikit sebanyak kita akan tahu apa kisah-kisah yang pernah berlaku dahulu untuk kita renungi pada waktu ini.

Jadi cadangan ku begitulah. Satu halaman Words pun memadai untuk kita cerita tentang sejarah. Sejarah ya sejarah

Rabu, Februari 03, 2016

The Great

10/2016

Beli dua buku terpakai yang masih baru. Salah satunya ini. Dah lama mengidam nak beli kerana cover ya cantik (iya, ini spesis jatuh cinta dengan cover). Asyik tanya harga dengan pembeli, kemudian pendam dalam hati. Nanti akan beli, nanti akan beli...tetapi masih tak kesanpaian. Menjadikan hajat itu semakin dipaksa-paksa ialah semester yang baru berlalu diperlukan membaca buku ini. Tak baca pun, tak sempat.

Minggu lalu, tiba-tiba sahaja masuk ke FB seorang kawan kerana mencari sesuatu di dinding statusnya, lalu ternampak dia menjual beberapa koleksi peribadi. Salah satunya ini. Tak perlu berfikir panjang lagi, terus beli. RM20, siapalah yang sanggup tolak rezeki!

#katalog2016

The Real Cry. Why?



Kenapa The Real Cry? Begitulah soalan yang menghantui diri sejak terbaca judulnya. Mujurlah buku ini milik teman kolektor, bersusah payah dia datang ke pejabat membawa buku ini untuk ku tatap. Selepas membelek judul, bab dan gambar dan menyemak daftar di perpustakaan, rupanya ada di PSZ. Nanti bolehlah pinjam untuk ditekuni kerana para penulis buku ini antara lain ialah anak dan anak angkatnya.

Sisi Syed Syeikh al-Hady yang kita kenali cumalah pengasas majalah al-Imam dan al-Ikhwan, penulis novel Hikayat Faridah Hanom dan Iakah Salmah; dan antara suara besar dalam angkatan Muda. Namun betapa besarnya dalam pandangan kita? Alm. Ustaz Wan Saghir memasukkan namanya dalam senarai ulama Alam Melayu bersama-sama Shaykh Tahir Jalaluddin. Mengapa pula dlaam senarai ulama. Soalan silih berganti ini memerlukan jawapan.
 
Kaji, teruslah mengkaji