Selasa, Mac 29, 2016

Apabila semua ada 'dollar sign'

Ini nota lama yang aku salin selepas kelas Islamic Economics Thought and Institution bertarikh 27.12.2015. Aku rasa marah ketika itu, berdebar-debar menulisnya, rasa nak cerita juga dan kena tulis juga, Kena tulis juga.

---

A good place to read under the tree and bright sky with a cup of pseudo-coffee while accompanying a friend who are away from family during long weekend, with some food of mom's cook for lunch. She will be back to her hometown to look after her mom who now not in a good condition of health, replacing her sister who are required to settle some admin matters for study-leave. The campus is empty, the road is busy and shopping complex has no bad impact of GST :p (just kidding)

Sebelum menteri beri cadangan tentang dua kerja, kita dah buat banyak kerja-kerja lain. Dalam satu-satu masa, ia lebih dari dua, mungkin tiga mungkin lima atau...malas nak kira. Mostly unpaid work and I manage to accomplished all the tasks besides time and deadline. I am happy with what I did and what I have. Bukan semua perlu dinilai dengan $ meskipun $ yang dibawa pulang tidak sebanyak yang kita mahukan. Malah perlu pula berjimat dan mencatu perbelanjaan demi kelangsungan hidup. Hilanglah kemanusiaan jika semua perlu ganjaran wang. 

Oleh itu, apabila minggu lepas ada seseorang mempersoalkan kewajaran kerja-kerja sukarela sebagai kerja yang tidak patut dibuat dengan percuma, kita menarik nafas panjang dan melihat $$$$ jatuh menimpa kepalanya...

Sorry sir, I beg to differ. You can say anything and blame everybody but humanity is something that cannot be valued. You will know who you are when you do something voluntarily. Hilanglah kemanusiaan jika semua perlu ganjaran wang. 

Isnin, Mac 28, 2016

Next to your friend

Once, I read following words and suddenly feel comfortable:

According to sufi philosophy, sitting next to your friend or someone you love is one of the prerequisites of happiness. You just need to sit silently doing nothing. You might look at each other, or you might not - it's your choice. In either case a person feels a kind of inner delight in such situation because they're comfortable with. They no longer need to search for something to occupy themselves, and they don't even need to fill the space with sound.  Sitting in silence and feeling your friends' presence is enough


Jumaat, Mac 25, 2016

Sempadan

Dalam satu seminar sejarah yang dianjurkan secara kecil-kecilan kira-kira lima tahun lepas, penceramah membuka bicara dengan mengajak peserta melihat bagaimana penjajahan telah merobek-robek negara jajahannya lalu membentuk sempadan geopolitik dengan mudah. Beliau membawa kami menggambarkan dalam kepala bagaimana negara si benua Afrika dipecah-pecahkan dengan di atas meja. Lihatlah bagaimana Mesir dan Libya dipisahkan okeh sebuah garis lurus. Mesir dengan Sudan juga bersempadankan garis lurus. Begitu juga antara Mauritania dengan Mali, Algeria dengan Mali, Chad dengan Sudan, Libya dengan Chad. Negara-negara Afrika lain pun begitu juga walaupun garisannya tidak lurus. Sedangkan, kata beliau, negara Eropah dipisahkan antara satu sama lain oleh gunung-ganang (Sepanyol dan Perancis dipisahkan oleh banjaran Pyrenees manakala Perancis-Itali oleh banjaran Alps) begitu juga sungai (beberapa nama diletakkan di sini, boleh Google untuk tahu lebih banyak) yang memisahkan Sepanyol dan Portugal (Sungai Ardila), Romania dan Ukraine (Sungai Danube yang popular) dan Ukraine-Hungary (Sungai Tisza). Tiada pun garis lurus.

Begitulah harga sebuah penjajahan.

Ahad, Mac 06, 2016

Puisi - Mencari Tahu

Setelah jeda beberapa ketika, aku menulis puisi kembali. Mencari Tahu tersiar dalam BH Ahad pada 6 Mac 2016. Terilham selepas melihat buku-buku yang dahulunya aku beli tetaoi padat memenuhi ruang, tidak dibaca atau terbaca. Malah ada tang tak patut dibaca pun.

Begitulah aku rasa sejak melewati perjalanan ilmi. Gambar ini dihantar teman yang memaklumkan kehadiran puisi ini di dada akhbar. Katanya, "baca sambil pegang kepala - macam perli aku je ni"

Ya, aku senyum. Perli diri sendiri juga. Gambar tak jelas kerana edsi bercetak pun tak jelas - dakwat bertindih dan tak terang.