Jumaat, Mac 25, 2016

Sempadan

Dalam satu seminar sejarah yang dianjurkan secara kecil-kecilan kira-kira lima tahun lepas, penceramah membuka bicara dengan mengajak peserta melihat bagaimana penjajahan telah merobek-robek negara jajahannya lalu membentuk sempadan geopolitik dengan mudah. Beliau membawa kami menggambarkan dalam kepala bagaimana negara si benua Afrika dipecah-pecahkan dengan di atas meja. Lihatlah bagaimana Mesir dan Libya dipisahkan okeh sebuah garis lurus. Mesir dengan Sudan juga bersempadankan garis lurus. Begitu juga antara Mauritania dengan Mali, Algeria dengan Mali, Chad dengan Sudan, Libya dengan Chad. Negara-negara Afrika lain pun begitu juga walaupun garisannya tidak lurus. Sedangkan, kata beliau, negara Eropah dipisahkan antara satu sama lain oleh gunung-ganang (Sepanyol dan Perancis dipisahkan oleh banjaran Pyrenees manakala Perancis-Itali oleh banjaran Alps) begitu juga sungai (beberapa nama diletakkan di sini, boleh Google untuk tahu lebih banyak) yang memisahkan Sepanyol dan Portugal (Sungai Ardila), Romania dan Ukraine (Sungai Danube yang popular) dan Ukraine-Hungary (Sungai Tisza). Tiada pun garis lurus.

Begitulah harga sebuah penjajahan.

Tiada ulasan: