Rabu, April 27, 2016

Dia yang tidak penting vs Dia yang penting

Satu pandangan menarik dalam buku ini, pada bahagian pengenalan. Sangat bermanfaat untuk dibaca dan ulang baca bagi memahami aliran feminis dan gerakan feminis.

Jika keadilan ditekankan oleh Islam bagi wanita dan juga lelaki, konteks Barat memperlihatkan senario yang berbeza. Dalam konteks Barat, feminisme bangkit sebagai respon yan konkrit terhadap apa yang dilihat sebagai prejudis dan diskriminasi yang nyata terhadap wanita. Sebagai gabungan fahaman, pegangan, strategi tindakan dan juga gerakan, feminisme melihat diskriminasi dan prejudis tersebut terangkum dalam apa yang diperikan sebagai ideologi 'patriaki,' yangpenghapusannya menjadi fokus serta sasaran segala tenaga dan kekuatan feminisme. Patriarki ialah bentuk fahaman yang berkeyakinan bahawa atas dasar jantina semata-mata, wanita adalah inferior kepada lelaki. Wanita adalah 'Dia yang tidak penting' berbanding lelaki yang merupakan 'Dia yang penting.'

Selasa, April 26, 2016

Apa yang mereka mahu?

Terdapat permintaan agar aku menekuni isu feminisme yang mutakhir ini gerakannya muncul dengan giat. Bukan, bukan mengkaji isu feminisme sebaliknya mengkaji gerakan feminis yang memperjuangkan feminisme. Oleh kerana ada keperluan untuk mengkaji dan memahamkan khalayak akan isu ini, maka aku sebagai perempuan diminta membuat bacaan yang tertentu. Tak perlulah aku nyatakan atas permintaan siapa.

Sebelum ini pun, feminisme menjadi isu yang tidak gemar aku borakkan, atau aku baca. Dalam Scriptorium Adabiyyah, ada beberapa naskhah buku tentang feminisme yang sengaja aku beli kemudian aku dudukkan dia elok-elok pada rak. Feminisme pada aku bukanlah isu yang patut difikirkan (tatkala ada isu lain yang lebih besar), malah ia tidak patut menjadi isu. Mengapa ya kita harus fikir kita ini tidak sama dengan lelaki (sedangkan memang hakikatnya tidak sama)? Mengapa kita asyik kata kita selalu dipinggirkan (kerana hakikatnya kita sering fikir kita terpinggir - macam orang Syiah yang asyik kata dia diketepikan)? Mengapa terlalu gender-centric dan asyik fikir aku perempuan, dia lelaki (dah, memang kau perempuan, so what)? Mengapa sering tak puas hati tentang lelaki (kerana perempuan memang sering tidak boleh dipuaskan)? Ah, macam-macamlah.

Namun untuk mengenepikan terus isu ini pun, tak boleh juga. Mahu tak mahu, dengan tujuan membetulkan, kita perlu juga masuk dan berenang dalam lautan yang sama. Tetapi kita pasti ke mana arah kita. Kita mahu ke timbul dan berada semua di darat. Bukannya berenang lalu tenggelam dan lemas.

Dalam usaha timbul dalam lautan yang kita renang, aku mula membaca beberapa buku tentang feminisme yang ada. Prof Ungku Maimunah ada menulis dua buah buku tentang feminisme dan gender. Ini amat baik sebagai permulaan.

Jumaat, April 22, 2016

Penuntut ilmu yang menuntut ilmu

Khalifah Harun al-Rashid ingin mempelajarinya sebuah kitab yang baru selesai dikarang oleh Imam Malik, lalu mengutuskan seorang wakil untuk menjemput Imam Malik ke istana bagi mengajar kitab tersebut. Imam Malik menolak. Ketika ditanya oleh khalifah, Imam Malik menjawab, "ilmu pengetahuan itu haruslah dicari oleh orang yang memerlukannya, bukannya ilmu itu datang mencari orang yang berhajatkan kepadanya”. Tujuan sebenar Imam Malik berkata demikian ialah kerana mahu khalifah m...emuliakan ilmu pengetahuan dan merendahkan diri kepada ilmu.

Khalifah Harun al-Rashid kemudian pergi ke rumah Imam Malik bagi mempelajari kitab tersebut lalu duduk di atas sebuah kerusi yang lembut. Melihat keadaan itu, Imam Malik pun menegurnya lagi. Imam Malik sangat berharap agar sang khalifah benar-benar dapat memuliakan ilmu, merendahkan diri sebagai seorang pelajar dan menghormati guru. Khalifah kemudian duduk bersama-sama Imam Malik.

Ketika Khalifah berhajat agar dua orang anaknya menuntut ilmu bersama Imam Malik, anak-anak ini dinasihati oleh Imam Malik agar tidak diawasi oleh pengawal dan hendaklah duduk belajar sehingga majlis berakhir.

Betapa adab dalam menuntut ilmu sangat diberi penekanan oleh para sarjana dan cendekiawan silam kerana ilmu mempunyai tempat yang tinggi dalam memberi kepandaian kepada insan. Tatkala menjadi pelajar, kita patuh kepada saranan guru, menekuni ilmunya dan memahami apa yang disampaikan. Tatkala itu segala gelar, pangkat dan nama yang panjang berjela tidak memberi kesan kepada kita sekiranya ilmu masih sama dengan insan yang tidak punya apa-apa. Tinggalkanlah gelar, pangkat dan nama ketika belajar kerana ketika itu kita hanyalah seorang penuntut ilmu.


Khamis, April 21, 2016

Wujud tak wujud

Polemik Hang Tuah wujud lagi. Kali ini sekumpulan sarjana duduk dalam satu meja bulat bagi mengesahkan HT itu benar-benar wujud. Namun seorang sahaja yang tidak bersetuju dan mengemukakan hujah-hujahnya. Dia ialah Prof Emeritus Dr Ahmat Adam.

Sebenarnya, masalah dalam filologi menghasilkan ragam bacaan yang pelbagai. Namun begitu aku tidak gemar mengatakan ia adalah masalah. Ia adalah cabaran dalam ragam bacaan. Dr Ahmat Adam akhirnya akan dikenang kerana dua: Hang Tuah tak wujud dan tarikh baru Batu Bersurat Terengganu
Namun sikapnya patut kita pelajari: lantaklah orang nak kata apa, dia kekal dengan kajiannya yang berbeza dari yang lain. Biarpun sendirian.

Adakah sarjana kita berani nak berbeza pandangan? Mungkin ada, tapi tak ramai yang betul-betul ke depan dan serius mendalami kajian. Ramai yang selesa memikul pandangan yang sama dengan majoriti, tak suka bertelagah menjadi minoriti. Kononnya nanti membanyakkan kerja. Tetapi beberapa kali berpeluang mendengar dia bercakap, isu yang ditimbulkan ialah keragaman pada membaca manuskrip. Beliau terlalu membelok ke Sanskrit dan Jawa kerana berpendapat teks kita adalah dipengaruhi dua bahasa ini. Atas sebab ini, boleh diterima. Cuma ramai yang tidak senang cara beliau mematahkan hujah pihak sebelah - caranya menyerang dan keras tidak digemari. Walau bagaimanapun, Dr Ahmat Adam tetap teguh pendirian dengan kajiannya biarpun bersendirian. Seorang diri ya.

Bila ada yang tanya tentang pendirian aku akan Hang Tuah, aku tidak mahu bersikap ke mana-mana parti. Sebaliknya, aku lebih suka melihat usaha sarjana menjalankan kajian bagi mengesah atau menolak kewujudan HT. Ia akan menyuburkan dunia ilmiah yang surma, dunia akademik yang lesu dan merancakkan wacana. Nanti akan lahir pandangan yang menarik dan usaha sanggah-menyanggah. Bukankah itu lebih menarik?

Jumaat, April 15, 2016

Interpolation and ambiguity in manuscript reading





We are reading this book during islamic Political Thought and Institution. On the left is in English, translated by FRC Bagley from the Persian text edited by Jalal al-Huma'i and the Bodleian Arabic text edited by HD Isaacs. It means Bagley using two version of text as comparison - in Persian and in Arabic. It is PDF version that can easily found through internet.

On the right is Malay version translated from Arabic into Malay, one of good work by renowned Malay scholars, Dr Jelani Harun. His PhD at SOAS is on Raniri's Bustan al-Salatin. While completing his thesis, he found one manuscript at SOAS (M4636) which talk almost the same topic and he did the transliteration then.

The book has the same meaning - Nasihat al-Muluk by Hujjah al-Balighah Imam al-Ghazali. In English, Bagley add another name - Counsel for Kings while Jelani's Nasihat Kepada Raja-Raja. Both convey the message of the book - a mirror for princess or an advise to the princess or leader.

While reading English version, we found very strange part that make me initially confused with the originality of the text. Then we make assumption that because the text originally from manuscript, then there will be many different version. This is what we called interpolation - additional words put into the text after the demise of the original writer or added by the scribers and copier. This is why manuscript reading is the most challenging part because you have to know which is the original text, which is copied from what, different version of writing, variation in reading and consistency of the text itself.

I found Malay version very difficult to read. Maybe because it is a translation version and the translator (unknown translator of the text) eventhough did good job in translating the book, maybe because of the Arabic text, he strictly follow the form and style of Arabic language, thus make the translation weird and difficult to understand. On some part, the transliterator mistakenly spelled or guess the word, thus make the sentence strange and hard to understand when comparing with Arabic and English text. In some aspect we may thing that why many ambiguity arises here. Yeah, that is the beauty of manuscript research, not the weakness or the text or the writer. When you do manuscript work, this is the challenge that you have to encounter with. Nobody to be blame. It is about time and technology.

In Bagley's version, we found additional pages that does not exist in Arabic text. On page 162-167 on chapter VII 'On Women and their Good and Bad Points' there were anecdotes and aphorism that insulting women . How come Imam al-Ghazali wrote something that hurts the women? Totally strange, right? Let me copy some text to prove.

On page 162:
Ahqaf ibn Qays has said: 'If you want women to like you, satisfy them sexually and treat them tenderly.'

On page 163:
A teacher was teaching girls how to write. A sage passed by and said, 'This teacher is teachinh wickedness to the wicked.'

The rest are too long to type :)



Page 162 and 163 of Counsel of the King

What can we learn from this? When doing manuscript reading, we need to take extra careful. There are many things that may cause the text is totally different from the original version and totally varied from the actual writing. We need to check with many versions of text that we can found at that moment of time, if possible. When I am editing a thesis yet to published by Dr Anuar Mamat on Ta'lim al-Muta'allim by Imam Abu Hanifah, he make comparison with 10 version of manuscripts and 2 published text, which give him variation of writing, though the difference is not very wide. Another point is, do not accept 100% work by the Orientalist! Go and find the original source in that original language. In this case, in Arabic and Persian. Remember, the Orientalist study very hard to understand our culture and religion by mastering the language first, then they read the manuscript. But don't accept them just like that, just because they did the job (so-called well job). We are the one that totally responsible to our culture and religion, not them.

This is the beauty of learning that I like most in CASIS. We have to dig and study by our own self, don't let other people do your job!

Rabu, April 13, 2016

Membaca History of Western Thought 2

[Nota 2 dari History of Western Thought oleh Stephen Trombley]

Apa kaitan ornag kaya dan politik? Itu ada dinyatakan dalam buku ini. Halaman xx menyatakan perkara berikut:
.....


Lalu aku terfikir beberapa perkara:
  1. Kesusahan zaman itu menjadikan orang tertentu sahaja mendapat akses kepada bahan bacaan
  2. Semua bahan bacaan ini perlu dibeli
  3. Orang yang ada duit boleh membeli buku
  4. Tidak semua orang boleh ke sekolah. Orang berduit sahaja boleh ke sekolah
  5. Tidak semua orang boleh membaca. Yang ke sekolah dan dapat akses ke bahan bacaan sahaja yang boleh membaca
  6. Mesin cetak belum wujud, oleh itu buku disalin tangan menjadikan harganya mahal
  7. Mereka yang boleh membaca semakin dapat akses mudah kepada bahan bacaan kerana perlu menambah lagi pengetahuannya. Dia menjadi semakin pandai, kritis dan kritikal menggunakan akal fikirannya


Kesimpulannya, orang kaya boleh berjaya!

Selasa, April 12, 2016

Membaca A History of Western Thought [1]

[Nota 1 dari History of Western Thought oleh Stephen Trombley]

Isi kandungan bahagian ini ada kena mengena dengan subjek yang aku ambil semester ini, iaitu Islamic Political Thought and Institutions. Terdapat bahagian penting yang aku tandakan untuk ku beri komentar keran aterdapat petikan menarik yang menjadikan fikiranku berputar laju. Setiap komentar itu aku letakkan di bawah setiap kenyataan yang ku salin kembali dair buku ini.

Plato’s Republic: The root of totalitarianism? (hlm. 30-33)

1. The second half of the twentieth century saw a resurgence of interest in Plato's political thought as expressed in the Republic (c.380 BC). This was largely because Karl Popper (1902-94), an Austrian philosopher who fled the Nazis and became a British subject, declared Plato an enemy of democracy in his landmark work The Open Society and Its Enemis (2 vols, 1945, 1962).

2. In a wide-ranging critique of theories of teleological historicism, Popper brackets Plato with Hegel and Karl Marx (1818-83) as the fathers of totalitarian ideology.

3.Of Plato he wrote..

Isnin, April 11, 2016

Membaca A History of Western Thought

Menjelang Maghrib semalam, aku membaca A History of Western Thought oleh Stephen Trombley. Buku ini aku beli di Kinokuniya menggunakan baucher LA semester 2, 2014/2015 pertengahan 2015. Mujur ada baucer, kalau tidak, memang aku tidak membeli di Kinokuniya.

Buku ini memberi satu pengenalan awal kepada sesiapa yang ingin mengetahui tentang falsafah. Secara ringkas sahaja, tidak terlalu mendalam. Paling tidak ia boleh membantu mengetahui siapa dan apa yang dikatakannya. Juga zaman ketika bila dia berada, apa dan siapa yang mempengaruhinya dan sejauh mana ia memberi kesan kepada falsafah. Nanti akan aku catat sedikit dalam bentuk nota pendek dalam entri berikutnya.

Ahad, April 10, 2016

Membaca Buku Falsafah


Terdapat beberapa buku pengantar falsafah yang aku beli tahun lalu tidak terusik sangat. Elok tersusun dalam longgokan TR – to read. Sesekali dijeling, rasa bersalah pun ada. Tetapi serba salah wujud jua. Apakah aku harus mendalami falsafah Islam atau melompat ke Barat, atau ke dua-duanya. Kalau diambil satu persatu, nanti lewat nak menghadam tatkala masa pantas berlalu dan aku sering kekurangan waktu. Untuk tidak ketinggalan, maka aku baca kedua—dua sekali. Falsafah Islam dan Barat. Baca dengan berhati-hati sambil guna kacamata Islam yang tebal.

Namun aku harus ingat, aku harus catatkan nota tatkala membaca kerana aku ini bukanlah seorang pengingat yang baik, bukan juga pencerna yang baik. Aku perlu baca satu persatu, fikirkannya, fahaminya dan buat nota ringkas tentangnya. Selain mencatat dalam buku dan kertas yang bercerai-berai, elok juga aku taipkan dalam blog ini. Semoga ia kekal menjadi panduan kepadaku atau kepada sesiapa yang tersesat masuk ke sini.

Selasa, April 05, 2016

We have to starts small

Pada 4 November 2011, saya menghadiri WIEF 2015 di KL Convention Centre. Hadir sebagai salah seorang pempamer manuskrip dan Jawi bersama PNM walau pun bukanlah duduk sekal dengan PNM. Disela-sela masa, sempat duduk mendengar satu pembentangan. Saya catatkan dalah nota dan juga sepanjang perjalanan pulang ke pejabat. Nota ini saya letakkan di FB sebaik tiba di pejabat. Bila 'jumpa' semula nota ini dalam NOTES, maka eloklah diletakkan dalam blog ini. Ya, sekadar nota pinggiran dari orang yang duduk di bahagian belakang

-----

We have to starts small, kata seorang pembentang.

Tetapi dalam kepala saya pula berfikir lain. Kita dalam keadaan dimana teknologi semakin memudahkan perhubungan, menjadikan saiz semakin kecil dan memudahkan urusan penyimpanan. Kamera bersaiz kompak, telefon kian comel dan kereta juga banyak bersaiz mini. Tetapi ada juga peralatan pejabat yang masih bersaiz besar dan menyulitkan kerja. Mesin fotostat memerlukan ruang besar dan mudah 'merajuk'. Ada jenis mesin fotostat khusus kerja-kerja heavy-duty dan jangan sesekali menggunakan mesin fotostat biasa untuk melakukan kerja yang banyak. Setiap kali ke kedai fotostat, saya membayangkan mesin yang besar itu mengecil dan comel.

Oleh kerana saya terlibat dalam bidang penerbitan, apabila ke kilang percetakan, kelihatan kilang-kilang besar mencetak buku-buku menggunakan jentera mesin yang besar, maka saya juga membayangkan suatu hari, mesin-mesin ini mengecil dan memudahkan percetakan buku. Buku yang dicetak juga tidak mengambil masa yang lama. Selepas dicetak, dicantumkan dengan kulit, dijilidkan dan terus siap menjadi sebuah buku. Proses sekarang sangat renyah. Selepas halaman buku dicetak, ia perlu menunggu kulit disiapkan. Prosesnya berbeza jika kulit dari jenis kulit keras, berjaket, gold-stamping, dilaminate, jenis leather dan bermacam lagi. Menjilid buku pun ada bermacam jenis, apa yang kita tahu cuma gam dan jahit. Dan bermacam proses lain yang menjadikan industri percetakan buku renyah pada satu-satu masa.

Jadi saya membayangkan sebuah mesin yang boleh menyiapkan buku dengan cepat dan kilang berskala kecil. Mudah, pantas, berkesan. Keadaan ini selalu kita perhatikan menjelang pesta buku, di mana syarikat percetakan mempunyai susunan kerja yang panjang bagi mencetak buku yang dihantar penerbit. Lebih cepat dicetak, cepatlah dijual. Ini menjadikan mesin perlu bekerja 24 jam bagi memenuhi permintaan yang sibgkat. Akhirnya mesin jem kerana tak mampu bekerja kerlas.

Itulah angan-angan saya sewaktu melihat pembentangan para usahawan sempena WIEF2015.