Ahad, April 10, 2016

Membaca Buku Falsafah


Terdapat beberapa buku pengantar falsafah yang aku beli tahun lalu tidak terusik sangat. Elok tersusun dalam longgokan TR – to read. Sesekali dijeling, rasa bersalah pun ada. Tetapi serba salah wujud jua. Apakah aku harus mendalami falsafah Islam atau melompat ke Barat, atau ke dua-duanya. Kalau diambil satu persatu, nanti lewat nak menghadam tatkala masa pantas berlalu dan aku sering kekurangan waktu. Untuk tidak ketinggalan, maka aku baca kedua—dua sekali. Falsafah Islam dan Barat. Baca dengan berhati-hati sambil guna kacamata Islam yang tebal.

Namun aku harus ingat, aku harus catatkan nota tatkala membaca kerana aku ini bukanlah seorang pengingat yang baik, bukan juga pencerna yang baik. Aku perlu baca satu persatu, fikirkannya, fahaminya dan buat nota ringkas tentangnya. Selain mencatat dalam buku dan kertas yang bercerai-berai, elok juga aku taipkan dalam blog ini. Semoga ia kekal menjadi panduan kepadaku atau kepada sesiapa yang tersesat masuk ke sini.

Tiada ulasan: