Selasa, April 05, 2016

We have to starts small

Pada 4 November 2011, saya menghadiri WIEF 2015 di KL Convention Centre. Hadir sebagai salah seorang pempamer manuskrip dan Jawi bersama PNM walau pun bukanlah duduk sekal dengan PNM. Disela-sela masa, sempat duduk mendengar satu pembentangan. Saya catatkan dalah nota dan juga sepanjang perjalanan pulang ke pejabat. Nota ini saya letakkan di FB sebaik tiba di pejabat. Bila 'jumpa' semula nota ini dalam NOTES, maka eloklah diletakkan dalam blog ini. Ya, sekadar nota pinggiran dari orang yang duduk di bahagian belakang

-----

We have to starts small, kata seorang pembentang.

Tetapi dalam kepala saya pula berfikir lain. Kita dalam keadaan dimana teknologi semakin memudahkan perhubungan, menjadikan saiz semakin kecil dan memudahkan urusan penyimpanan. Kamera bersaiz kompak, telefon kian comel dan kereta juga banyak bersaiz mini. Tetapi ada juga peralatan pejabat yang masih bersaiz besar dan menyulitkan kerja. Mesin fotostat memerlukan ruang besar dan mudah 'merajuk'. Ada jenis mesin fotostat khusus kerja-kerja heavy-duty dan jangan sesekali menggunakan mesin fotostat biasa untuk melakukan kerja yang banyak. Setiap kali ke kedai fotostat, saya membayangkan mesin yang besar itu mengecil dan comel.

Oleh kerana saya terlibat dalam bidang penerbitan, apabila ke kilang percetakan, kelihatan kilang-kilang besar mencetak buku-buku menggunakan jentera mesin yang besar, maka saya juga membayangkan suatu hari, mesin-mesin ini mengecil dan memudahkan percetakan buku. Buku yang dicetak juga tidak mengambil masa yang lama. Selepas dicetak, dicantumkan dengan kulit, dijilidkan dan terus siap menjadi sebuah buku. Proses sekarang sangat renyah. Selepas halaman buku dicetak, ia perlu menunggu kulit disiapkan. Prosesnya berbeza jika kulit dari jenis kulit keras, berjaket, gold-stamping, dilaminate, jenis leather dan bermacam lagi. Menjilid buku pun ada bermacam jenis, apa yang kita tahu cuma gam dan jahit. Dan bermacam proses lain yang menjadikan industri percetakan buku renyah pada satu-satu masa.

Jadi saya membayangkan sebuah mesin yang boleh menyiapkan buku dengan cepat dan kilang berskala kecil. Mudah, pantas, berkesan. Keadaan ini selalu kita perhatikan menjelang pesta buku, di mana syarikat percetakan mempunyai susunan kerja yang panjang bagi mencetak buku yang dihantar penerbit. Lebih cepat dicetak, cepatlah dijual. Ini menjadikan mesin perlu bekerja 24 jam bagi memenuhi permintaan yang sibgkat. Akhirnya mesin jem kerana tak mampu bekerja kerlas.

Itulah angan-angan saya sewaktu melihat pembentangan para usahawan sempena WIEF2015. 

Tiada ulasan: